SIAPA tidak mengenali Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.

Beliau merupakan atlet wanita negara pertama yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik pada Temasya London 2012.

Selain itu, atlet kelahiran Sarawak tersebut pernah meraih pingat perak dalam acara 10m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Temasya Rio 2016.

Pada peringkat sukan SEA pula kecemerlangan Pandalela berusia 28 tahun sememangnya tiada tandingan dalam acara terjun.

Terbaharu, beliau mencipta sejarah apabila muncul sebagai atlet Malaysia pertama memenangi Emas di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Pandelela yang kini dalam persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan mengungguli acara berkenaan selepas meraih 355.70 mata.

[VIDEO] Aksi sang juara! Pandelela raih emas Piala Dunia Terjun FINA 2021

Dengan tidak mensia-siakan ketiadaan penerjun-penerjun dari Korea Utara, China dan Australia, Pandelela menampilkan aksi yang jitu pada pusingan akhir bagi acara terjun 10 meter platform individu wanita.

Penerjun tuan rumah, Matsuri Arai berada di tempat kedua dengan 342.00 mata iaitu ketinggalan 13.70 mata, manakala Caeli McKay dari Kanada pula hanya selesa di tempat ketiga dengan 338.55 mata diikuti penerjun Andrea Spendolini (333,90 mata) tempat keempat.

Iklan

Kejayaan manis Pandelela turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan membanggakan oleh atlet wanita tersebut.

Baca juga Sekolah di Selangor tutup mulai esok hingga 12 Mei, kekang penularan Covid-19

Iklan

“Tahniah @Pandelela_R!! Kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita semua sebelum acara yang terbesar tahun ini.

“So so proud of you Pandelela (sangat berbangga dengan kamu Pandelela),” tulisnya Twitter.

Tahniah! SinarPlus ucapkan kepada Pandelela.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FINA (@fina1908)