SEBAGAI anak, apa pun yang berlaku kita sepatutnya menghormati kedua orang tua yang telah melalui perit jerih membesar kita sejak dari kecil.

Bagaimana lain berlaku di negara seberang ini. Hanya kerana sebuah motosikal, seorang anak sanggup membuat laporan polis terhadap ibunya.

Lapor Kompas.com, seorang lelaki di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat (NTB), berusia 40 tahun membuat laporan polis terhadap ibu kandungnya yang berusia 60, kerana masalah motosikal.

Bagaimanapun, laporan itu ditolak terus oleh AKP Polis Kasat Reskrim Pusat Lombok, Priyo Suhartono.

Video mengenai penolakan laporan itu viral di media sosial Facebook dan YouTube. Dalam video berdurasi 14 minit itu, nampaknya lelaki itu bersama Priyo dan pegawai polis lain duduk bersama.

Dalam video tersebut, Priyo dengan tegas tidak mahu menerima laporan kes tersebut, bahkan mengarahkan anggotanya untuk berbuat perkara sama.

“Tolong pulang, kami dari balai polis tidak akan bertindak lanjut untuk kes ini, saya minta maaf,” kata Priyo.

Di samping itu, Priyo juga mengingatkan lelaki tersebut, jika hanya soal motosikal, harga dirinya diibaratkan terhad pada kenderaan itu.

“Mohon maaf bos, kalau anda mengejar motor itu sampai berselisih faham kerana motor itu, harga diri anda samalah seperti motor itu,” katanya.

Sahkan tidak mahu terima laporan

Iklan

Ketika dihubungi Kompas.com, Priyo mengesahkan bahawa dia tidak mahu menerima laporan kes tersebut. “Ya, saya tidak mahu menerima. Saya cadangkan untuk ia dirundingkan dengan keluarga,” kata Priyo menerusi pesanan ringkas.

Priyo menjelaskan, perselisihan itu bermula apabila harta tinggalan bapa lelaki itu yang juga suami ibunya dijual dengan harga Rp200 juta (RM59k). Setelah dijual, ibu mendapat bahagian sebanyak Rp15 juta (RM4.4k). Wang itu kemudian digunakan untuk membeli motosikal.

Namun, menurut Priyo, motosikal itu kemudian diletakkan di rumah keluarga. “Lelaki itu (pelapor) menjual tanah ayahnya seharga Rp200 juta, ibunya diberi Rp15 juta, lalu membeli motor ibunya. Kemudian motosikal yang digunakannya bersama saudaranya, anak itu keberatan,” kata Priyo.

Iklan

Sebelum ini dilaporkan, sebuah video yang menunjukkan Unit Penyiasatan Jenayah Polis Lombok Tengah AKP Priyo Suhartono menolak laporan dari seorang anak dari Lombok Tengah yang ingin memenjarakan ibu kandungnya, viral di Facebook dan YouTube.

Susulan video yang dilihat, Priyo menasihati dan memberi pemahaman kepada lelaki terbabit bahawa kewujudan ibu tiada duanya di bumi.

Moga masalah kedua-duanya dapat diselesaikan secara baik dan ramai yang mengambil pengajaran. -AG