[VIDEO] Pelumba negara juara di Sepanyol, lari tinggal podium elak simbahan 'air'

A
A
A

LAGU kebangsaaan Negaraku akhirnya berkumandang di bumi Sepanyol susulan kejayaan pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya Ahad lalu.

Syarifuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Damok yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.

Tempat kedua menjadi milik pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez dari pasukan Avatel-Cardoso Racing dengan catatan masa 29:32.715 manakala Jose Antonio Rueda Ruiz juga dari Sepanyol di tempat ketiga(29.32.825s).

Kemenangan itu, sekali gus meletakkan Damok menduduki tangga keenam keseluruhan dengan 30 mata selepas tiga pusingan Moto3 Remaja Dunia.

Kejayaan anak berusia 20 tahun itu turut mendapat titah ucapan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Syukur, alhamdulillah. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras untuk perlumbaan minggu ini. Tidak ketinggalan kepada ketua kru, pengurus pasukan dan Datuk Razlan yang hadir memberikan sokongan.

“Ia kejayaan yang menggembirakan terima kasih kepada mereka memberikan sokongan dan keluarga,” katanya.

Setelah tamat acara dan penyerahan trofi kepada pemenang sudah menjadi tradisi bagi pelumba membuka botol minuman keras dan menyimbahkan kepada pemenang lain.

Bagaimanapun, perkara itu disedari Syarifudin dan bercanggah dengan ajaran agama Islam. Justeru, beliau dilihat segera beredar dari podium bagi mengelakkan diri disembur oleh David dan Jose Antonio.

Menerusi perkongsian pengguna Tiktok @uhjourney kelihatan Syarifudin berlari ke tepi pentas.

https://www.tiktok.com/@uhjourney/video/6973509924382969090?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6969853329165813250

Warga maya rata-rata memuji tindakan Syarifudin yang bangga dengan kejayaan yang dicapai.

Baca juga Serius Main Game Tetap 8A, Rekod Cemerlang Atlet E-Sukan SPM 2020

Walaupun sudah ke peringkat antarabangsa, Syarifudin masih mengekalkan jati diri sebagai Muslim. Semoga remaja ini terus maju dan mempamerkan prestasi hebat dalam perlumbaan akan datang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca