KEPUTUSAN cemerlang dalam akademik merupakan pencapaian yang diidam-idamkan oleh semua terutamanya golongan pelajar.

Dalam meniti arus kemodenan dan teknologi, kecemerlangan akademik memainkan peranan penting.

Syabas buat atlet E-Sukan Permainan FIFA termuda, Muhammad Muzaffar Zuhair Mustaffa yang membuktikan bakat dalam sukan elektronik seiring dengan kebijaksanaannya dalam pelajaran.

Muzaffar memperolehi 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Anak muda yang bersekolah di SMK Aminuddin Baki ini merupakan pemain E-Sukan profesional paling muda di Asia Tenggara. Beliau adalah pencabar yang digeruni lawan kala pertarungannya
dalam acara E-Sukan Permainan FIFA.

Kebijaksanaannya menguruskan masa untuk belajar dan bermain game menjadi faktor kejayaan manis ini.

Bagi pengetahuan korang, Muzaffar yang sinonim dengan panggilan ‘Chamack’ sentiasa muncul juara di setiap kejohanan yang disertainya.

Antara pencapaian terbaik beliau adalah merangkul Juara Kejohanan FIFA Peringkat Kebangsaan dan berada di Kedudukan 100 pemain terbaik dunia FUT Weekend League.

Beliau juga pernah memenangi pelbagai pertandingan sukan elektronik lain iatu tempat ke-3 Red Bull Coliseum, Naib Juara Nivea Men E-My Padang 2020 dan Juara Nivea Men E-My Padang Triple Shotz.

Selain itu, anak muda ini juga pernah memenangi beberapa pertandingan antarabangsa. Antaranya adalah Juara My Republic Gamer Singapore, Top 16 SEA Virtual Championship dan Top 8 FUT Champions Cup Qualifier.

Baca juga Program Jejak Rasul, Fedtri Yahya Pendorong Pelajar India Raih A+ Tasawwur Islam SPM

Iklan

Lebih membanggakan ialah keputusan SPM 2020 di luar jangkaan memandangkan kerap kali tertunda ekoran penularan Covid-19 serta mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah.

Malah Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin juga mengumumkan pencapaian SPM 2020 adalah yang terbaik sejak 2016!

Keputusan SPM 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.

Iklan

Untuk pengetahuan korang, seramai 401,105 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2020 dengan jumlah keseluruhan 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Semoga kejayaan Muzaffar ini menjadi inspirasi kepada anak muda yang lain. Tidak mustahil untuk menggapai impian dalam bidang yang diminati asalkan bijak mengimbangkan masa dengan pelajaran.