Jangan lupa follow kami di Instagram!

SEMALAM tular dalam media sosial sejumlah warga asing memenuhi pekarangan luar kawasan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Situasi tersebut secara tidak langsung menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam yang bimbang akan
menyebabkan ‘kluster’ baharu Covid-19.

Luahan warga maya:

“Bimbang pula penularan virus ketika mendapatkan vaksin di sana nanti.”

“Datang ikut masa yang ditetapkan tidak akan berlaku masalah kesesakan.”

“Kenapa tak asingkan warga asing dengan warganegara?”

“Kenapa tak buat di kilang masing-masing daripada berkumpul macam ni. Mohon pihak KKM hantar team ke setiap kilang. Risiko jangkitan dapat dielakkan.”

“Why like this? Are these people with appointments? Walk in are still not allowed, so why such a long queue? Don’t understand la…”

Susulan insiden itu pihak polis telah mengeluarkan kenyataan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, para majikan diminta menghantar pekerja mengikut janji temu ditetapkan.

Iklan

Baca juga Covid-19: Kenali simptom utama mengikut 4 situasi dan senarai kit ujian yang kita boleh buat di rumah

“Mohon majikan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV daripada masa ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan.

“Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan akan dihantar ke PPV KLCC. Mohon patuhi janji temu,” tegasnya.

[VIDEO] Tular PPV KLCC sesak kehadiran warga asing, ini penjelasan polis

Iklan

Justeru, bagi korang yang mendapatkan suntikan vaksin di PPV sila patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Disarankan memakai pelitup muka berganda dan membawa hand sanitizer dan pen peribadi.