[VIDEO]Sengkenit berbahaya, segera buang dan dapat rawatan yang betul

A
A
A

APABILA sebut sahaja sengkenit atau lebih dikenali sebagai kutu babi, mereka yang pernah terkena gigitannya sahaja tahu kesakitannya.

Sengkenit yang juga dipanggil cengkenit, kutu babi, tempiras atau pirah adalah bintang parasit yang biasa ditemui di persekitaran kita.

Ia juga arakanid kecil dalam keluarga Ixodoidea di dalam kelompok hama.

Ia merupakan ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia burung dan kadang-kadang reptilia dan amfibia.

Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak ini apabila sering menangis dan mengadu sakit ketika wajahnya disentuh.

Rupa-rupanya setelah tiga hari baru diketahui ia berpunca dengan gigitan kutu babi.

Kisah kutu babi pada kelopak mata dimuat naik oleh pengguna TikTok @faizaanoer24.

Katanya, dia menyangka hanya bintik merah biasa namun kanak-kanak tersebut mengatakan sangat menyakitkan.

"Nak mandi pun dia menjerit nangis, pantang dipegang mukanya. Ternyata sudah tiga hari kutu babi hinggap dekat matanya," tulisnya.

Menerusi video yang dikongsi, ia menunjukkan kanak-kanak itu dengan mata bengkak dan merah.

Video yang dikongsi itu mendapat perhatian pengikutnya dan ada yang mengatakan bahawa kutu babi berbahaya dan sebilangan daripada mereka memaklumkan bahawa masa sebulan diperlukan untuk sembuh ketika mereka digigit kutu.

Sebenarnya sengkenit ini juga membawa virus yang tidak kurang bahaya kepada manusia cuma ancaman yang jarang didengar dan tidak ada laporan yang direkodkan di negara kita.

Sengkenit sebenarnya membawa virus Congo atau CCHF yang boleh menyebabkan demam denggi.

Virus ini boleh menyebabkan seseorang mengalami demam, sakit otot, pening, sakit kepala, dan sakit mata.

Malah penghidapnya boleh diancam limfadenopati dan bintik-bintik merah yang menyebabkan pendarahan pada permukaan mukosa dalaman seperti mulut, tekak

dan kulit.

Baca juga Peragut sentiasa tunggu peluang, fahami perkara penting ini supaya tidak jadi mangsa

Sekiranya pesakit tidak mendapatkan rawatan dengan segera, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

Ini termasuk kerosakan buah pinggang, kegagalan hati dan seterusnya boleh membawa maut.

Walaupun di negara kita masih belum pernah ada kes maut menyebabkan gigitannya, segeralah buang dan dapatkan rawatan yang betul sekiranya terkena sengkenit ini.

Semoga bermanfaat!

@faizaanoer24ya Allah nakk??#fyp#fypppppppppppppp♬ original sound - _meeroja

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca