Syafiq Kyle, Mimi Lana kongsi gambar cincin di jari, didakwa nikah hari ini. 'Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami...'
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/14/thumbs/900x900/3007723.jpg)
GEMPAR! Tiada angin tiada ribut, pasangan selebriti popular Syafiq Kyle & Mimi Lana dikhabarkan telah melangsungkan pernikahan secara tertutup di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak, hari ini.
Bukan itu sahaja, majlis turut berlangsung dalam suasana penuh privasi yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat serta kenalan rapat.
Malah, tetamu yang hadir turut tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke dalam ruang sanding bagi mengelakkan sebarang gambar atau video raja sehari itu tersebar kepada umum.
Menguatkan lagi spekulasi ini, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memuat naik foto di Instagram menunjukkan tangannya yang sempurna bersarung cincin bersama tangan lelaki dipercayai pilihan hatinya, Syafiq.
Tidak cukup dengan itu, pelakon drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu turut berkongsi gambar mesra berpelukan dengan Syafiq dengan disertakan emoji hati dan cincin.
Lebih mengujakan apabila ibu kepada Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak seakan-akan memberi bayangan sesuatu yang baik bakal berlaku menerusi Instagram story miliknya dengan ucapan 'Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami'.
Terdahulu, pasangan serasi ini pernah merancang untuk bernikah pada 18 Ogos 2023, namun majlis tersebut dibatalkan tanpa memperincikan puncanya.
Meskipun begitu, mereka tetap berkawan baik dan profesional dalam kerjaya masing-masing, bahkan terus membintangi pelbagai filem besar selepas itu.
Adakah ini petanda pernikahan mereka memang benar-benar berlaku? Sama-sama kita nantikan pengesahan daripada tuan empunya badan!
Sumber: Harian Metro
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang