PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan kebenaran rentas negeri serta pembukaan semula pusat pelancongan mendapat respons positif.

Ismail Sabri melalui akaun Facebook rasminya menjangkakan bahawa sasaran 90 peratus dewasa lengkap divaksin akan dicapai tidak lama lagi.

Menerusi hantaran itu, difahamkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju untuk memberi kebenaran rentas negeri dan pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa.

– “Alhamdulillah Datuk Seri atas kelonggaran yang diberikan…”

-” Alhamdulillah terima kasih Pak Long membenarkan kami pulang ke kampung. Rindu Sangat famili di kampung.

– “ Alhamdulillah, terima kasih Datuk Seri atas kelonggaran yang diberikan. Insya-ALLAH saya akan mematuhi segala arahan (prosedur operasi standard) SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

-” Syukur, banyak urusan boleh diselesaikan di kampung. Terima kasih PM.”

Dalam pada itu, beliau mensasarkan masa selama dua hingga tiga minggu untuk melengkapkan vaksinasi mencapai sasaran 90 peratus.

“Saya percaya, ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga setelah sekian lama.

“Insya-ALLAH, sasaran 90 peratus ini dijangka dapat dicapai dalam masa dua ke tiga minggu sahaja lagi,” katanya.

Baca juga Kini Hanya 5 PPV Di Lembah Klang Sedia Suntikan ‘Walk-In’ Sehingga 30 September

Selain itu, terdapat empat lagi SOP baharu yang diumumkan beliau seperti berikut:

1-Operasi kedai runcit, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

2-Sebanyak tiga negeri terlibat dalam peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) 24 September ini. Negeri Sembilan daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, Pahang daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Johor daripada Fasa 1 kepada Fasa 2.

Iklan

3-Spa, pusat kesihatan, urut kesihatan, zoo, akuarium, snorkeling, skuba, memancing dan taman rimba dibenar beroperasi kepada pengunjung lengkap vaksin berkuatkuasa 1 Oktober ini.

4-Warga asing yang tiba di pintu masuk negara perlu menanggung kos ujian RT-PCR manakala bagi warganegara adalah percuma.

Kata Ismail, pencapaian ini adalah hasil gemblengan tenaga dan pengorbanan daripada pelbagai pihak.

“Kelonggaran yang kita kecapi hari ini adalah hasil pengorbanan kita bersama.

“Saya yakin, dengan adanya kelonggaran-kelonggaran ini, kita dapat mengembalikan kecemerlangan ekonomi negara tidak lama lagi.

Iklan

“Namun, dalam usaha ini, kita juga hendaklah sentiasa peka dan saling menjaga keselamatan diri dan Keluarga Malaysia,” katanya.

Semoga kita semua dapat memanfaatkan kelonggaran yang diberikan dan terus menjaga SOP bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. #kitajagakita

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob