Wah dah boleh berkunjung ke Pulau Langkawi, ini SOP wajib semua tahu
BERITA gembira buat kaki melancong! Kini kerajaan telah membenarkan orang ramai mengunjungi Pulau Langkawi dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun boleh dikunjungi, namun, pengunjung perlu memohon kebenaran Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu untuk melancong ke Langkawi.
"Bermula 16 September, Pulau Langkawi boleh mula dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN)."Antara SOP ditetapkan adalah pembukaan ini terhad kepada pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
"Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi," katanya.
Selain itu, Nancy turut berkata, perlindungan insuran dan saringan Covid-19 tidak diwajibkan kepada semua pelancong yang akan mengunjungi pulau tersebut.
Berikut adalah SOP yang perlu dipatuhi:
i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi.
ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;
iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;
Untung jadi anak jati Kedah, ada promosi harga runtuh di Langkawi
v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguat kuasa agensi pematuhan SOP;
vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gimnasium, lounge, dewan, MICE, acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/ jabatan/ agensi yang berkaitan; aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, pengembaraan ekstrim/ taman semulajadi, ladang, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial; aktiviti pelancongan minat khas (golf, selam skuba, basikal, kapal layar dan sebagainya);
vii. Aktiviti Eko Geo-Kembara (memerhati watching, teroka gua, mendaki gunung, white water rafting, hiking, treking hutan, berkhemah dan sebagainya);viii. Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;
Baca juga 11 lokasi masih terima walk-in vaksin sehingga 15 September
x. Taman tema dan pusat hiburan keluarga; dan
xi. Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.
Jadi tunggu apa lagi? Ayuh! Namun jangan lupa sentiasa amalkan langkah pencegahan Covid-19 seperti sentiasa memakai pelitup muka, hand sanitizer dan jaga penjarakan sosial. Ingat kita masih belum menang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang