BERITA gembira buat semua peminat bola sepak tanah air, korang sudah boleh hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bermula 29 Oktober ini.

Namun, korang yang lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki stadium bermula dengan perlawanan minggu ketiga TM Piala Malaysia.

Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kebenaran itu adalah susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang membenarkan kehadiran penonton atau penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

Tambahnya, selain lengkap vaksinasi penyokong yang ingin hadir ke stadium juga perlu memakai pelitup muka dan tidak dibenarkan makan dan minum.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagaimanapun kata Ab Ghani, ia tidak terpakai kepada kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun, selaras dengan keputusan kerajaan.

Selain itu MFL amat berterima kasih kepada pihak kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung keputusan tersebut.

Wah! Peminat bola sepak sudah boleh hadir stadium bermula 29 Oktober ini

Tambahnya lagi, keputusan berkenaan dilihat bukan sahaja memberikan perkhabaran gembira buat penyokong bola sepak tempatan, malah bakal menyemarakkan kembali industri bola sepak negara.

Iklan

Katanya, pihak MFL juga masih menunggu peratusan kemasukan penyokong ke stadium di negeri-negeri mengikut fasa 2, 3 dan 4 yang akan dimaklumkan oleh KBS bersama dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) sukan yang ditetapkan.

Baca juga Bantuan bagi individu hilang pekerjaan RM500 ‘one-off’ Oktober ini

Iklan

Ab Ghani berkata, MFL juga akan membuat keputusan sama ada akan membenarkan penyokong masuk ke stadium, jika ada pasukan merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan ketika tempoh TM Piala Malaysia berehat apabila mereka mendapat SOP terperinci daripada KBS kelak.

Jadi, buat penyokong dan peminat bola sepak tanah air, inilah perkhabaran gembira yang ditunggu-tunggu.

Bersamalah kita terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19. Ingat kita masih belum menang. #kitajagakita