Wanita dalam haid juga ingin buru Lailatul Qadar? Usah risau, lakukan ini untuk rebut pahala

HAID adalah salah satu masa wanita diharamkan solat dan berpuasa.

Solat yang ditinggalkan tidak wajib diganti semula namun puasa Ramadan wajib diganti selepas itu.

Umum mengetahui salah satu syarat sah puasa ialah suci daripada haid dan nifas iaitu wanita.

Pun begitu, dalam memburu malam Lailatul Qadar yang dikenali sebagai salah satu malam yang menyimpan keutamaan yang melimpah, bahkan dipercayai lebih mulia dibanding 1000 bulan, wanita sedang dalam haid juga tidak terkecuali.

Lailatul Qadar dikatakan jatuh pada malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan namun, tidak semua dalam kalangan kita bertuah dan dipilih oleh ALLAH SWT untuk menyaksikan kemulian malam tersebut.

Memburu Lailatul Qadar adalah satu perbuatan yang dituntut, jadi wanita dalam haid boleh lakukan perkara ini untuk meraih pahala.

1. Berzikir

Antara zikir yang besar fadilat;

  • Laa Ilaa Ha illallah
  • Subhaanallahi Wabihamdih Subhaanallahil ‘Azhiim
  • Subhaanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

2. Bertaubat

Bertaubat bukan bermaksud kena solat taubat, tapi insaf dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan setiap hari. Nabi sendiri bertaubat 70 kali sehari guys, kita apatah lagi.

Baca juga Mencari Lailatul Qadar, munculnya ia dengan 4 petanda, ambil peluang titipkan doa ini

Buat maksiat lepas bertaubat

3. Memperbanyakkan doa

Mintak apa yang nak mintak pada ALLAH dan doa yang Nabi anjurkan untuk kita baca dalam memburu Lailatul Qadar;

اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا
Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu’anna

4. Bersedekah pada 10 malam terakhir

10 malam terakhir ni paling cantik nak bagi duit raya. Kalau bagi RM1, tapi jatuh pada malam Lailatul Qadr, ibarat bagi RM30,000 (1000 bulan X 30 hari = 30,000 hari)

Iklan

Zaman sekarang ni, surau atau masjid dah ada akaun bank, so boleh transfer online sahaja.

5. Menyediakan makan moreh dan sahur

Lailatul Qadar ni sampai azan Subuh, jadi para suri rumah, kakak-kakak, adik-adik, isteri-isteri, rebut time ni untuk melayan orang yang berpuasa.

Pahala menghidang makan untuk orang berpuasa dah satu rezeki, tambah pahala Lailatul Qadar pula. Wow!

Baca juga Lailatul Qadar: Malaikat turun untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seluruh penduduk bumi

Iklan

Jangan lepaskan peluang untuk mencari Lailatul Qadar, walau anda tak dibenarkan berpuasa.

Walau anda cuti dari puasa, tapi anda tak pernah cuti dari pahala!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dai Luqman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.