10 malam terakhir Ramadan, memburu Lailatul Qadar dengan 19 amalan sunat ini

MALAM Lailatul Qadar yang dikenal sebagai salah satu malam yang menyimpan keutamaan yang melimpah, bahkan dipercayai lebih mulia dibanding 1000 bulan.

Amalan doa malam Lailatul Qadar merupakan salah satu ibadah sunnah yang dibaca umat Muslim untuk meraih keutamaan bulan Ramadan, khususnya malam Lailatul Qadar.

Maka dari itu tak hairan jika malamLailatul Qadar ini banyak dinantikan umat Muslim di berbagai penjuru negara.

Lailatul Qadar dikatakan jatuh pada malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan namun, tidak semua dalam kalangan kita bertuah dan dipilih oleh ALLAH SWT untuk menyaksikan kemulian malam tersebut.

Memburu Lailatul Qadar adalah satu perbuatan yang dituntut.

Berikut 19 amalan malam Lailatul Qadar anda boleh lakukan untuk meraih pahala dan kebaikan;

1. Jangan makan banyak.

Makan ala kadar sahaja.

2. Sungguh-sungguh mulakan malam Lailatul Qadar dengan taubat.

Jangan minta panjang umur dulu, jangan minta murah rezeki dulu. Mulakan dengan taubat kepada dosa yang lepas. Taubat itu kembali kepada ALLAH dan mengaku kepada ALLAH. Kita meminta keampunan bagi mendekatkan diri dengan ALLAH Taala.

3. Perbanyakkan doa.

Ada setengah pandangan, malam Lailatul Qadar doa adalah lebih hebat daripada ibadat. Maka, perbanyakkan doa.

Baca juga Hayati peristiwa Nuzul al-Quran, rebut ganjaran ganda amalan persiapan memburu Lailatul Qadar

Status menyakiti orang lain
BERDOALAH dan mengadu kepada ALLAH SWT tidak kiralah berkaitan urusan duniawi mahupun ukhrawi.

4. Berhadapan dengan ALLAH SWT dengan seluruh anggota.

Kita menghadap ALLAH dengan penuh jiwa raga. Malam Lailatul Qadar khas untuk ALLAH sahaja. Jangan ada dalam hati kita selain daripada ALLAH.

Kadang kala rezeki kita sempit, mungkin kerana kurangnya pengampunan kita kepada ALLAH SWT.

5. Jauhkan diri dair keserabutan dunia

Persediaan kuih dan segala apa sahaja persiapan buatlah lebih awal sebelum masuknya 10 malam terakhir Ramadan.

6. Fokus kepada laksanaan ibadah.

Fokus kepada menjiwai ibadat. Jangan fokus nak banyakkan ibadat. Nak habiskan ibadah dan baca al-Quran dengan banyak. Jangan fikir untuk habiskan tapi fikir bagaimana untuk melaksanakannya dengan keikhlasan.

7. Ikhlas berdoa dan qiam.

8. Jaga tubuh badan untuk sentiasa ada dalam keadaan bersih.

9. Sematkan dalam diri kenyakinan setiap kali kita doa ALLAH SWT terima doa kita.

Bila kita ada keyakinan, kita akan makin bersemangat untuk berdoa kerana kita tahu ALLAH itu maha menerima pada segala doa kita.

10. Memperbanyakkan doa yang Nabi ajar pada Aisyah.

Doa yang diajar Nabi pada malam Lailatul Qadar:

اللْهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”

Iklan

Baca juga Mencari Lailatul Qadar, munculnya ia dengan 4 petanda, ambil peluang titipkan doa ini

Malam nisfu Syaaban
RAIH keampunan ALLAH dengan memperbanyakkan berdoa pada malam nisfu Syaaban.

11. Doa pada ALLAH direzekikan dengan rezeki halal.

12. Doa untuk anak dan keturunan zuriat dan pasangan.

Masuk Syurga seronok dengan pasangan dan ahli keluarga kita. Kita akan sedikit sedih kalau kita sahaja yang masuk Syurga, maka berdoalah untuk pasangan dan anak anak kita supaya diampunkan dosa dan dimasukkan bersama dalam Syurga.

13. Banyak berdoa ketika sujud (panjangkan sujud).

Panjangkan sujud setakat yang mampu dan sebaik-baik doa itu adalah doa ketika sujud.

14. Jangan sia-siakan satu detik pada malam Lailatul Qadar dengan melakukan yang luar dari pengabdian.

Pastikan setiap detik pada malam itu untuk menguntungkan akhirat kita. Dapatkan rahmat ALLAH dan apa yang ALLAH hidangkan pada malam itu.

15. Jangan tinggal baca al-quran

Ambil al-Quran dan baca. Baca apa yang kita ingat. Walaupun al-Ikhlas mahupun al-Fatihah.

Iklan

16. Hidupkan malam Lailatul Qadar berpanjangan sehingga terbit matahari.

17. Jangan lupa bersyukur.

18. Jangan lupa sedekah.

19. Niat iktikaf di masjid.

Nabi Muhammad SAW beriktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadan dan Nabi tidak keluar daripada masjid melainkan ada urusan. Amalan iktikaf juga disertai oleh para sahabat.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Facebook Ummu Aqidah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.