Wanita perlu tahu hak, bukan pukul atau dera sahaja, suami keluarkan nama dari syarikat juga keganasan rumah tangga - Peguam

A
A
A

DALAM isu berkaitan keganasan rumahtangga, kebanyakan wanita mengambil pendekatan berdiam diri walaupun disakiti dan jelas teraniaya.

Pun begitu, apabila berterusan disakiti, tiada siapa mampu untuk bertahan lagi.

Baru-baru ini tular di media sosial kisah pasangan usahawan, Nur Amirah dan El Azman yang menjadi perhatian ramai.

Ia berikutan dakwaan Nur Amirah, 31, dikhianati suami apabila namanya sebagai pengarah telah ‘dibuang’ dari syarikat walhal dia turut membangunkan perniagaan itu.

Menerusi sesi live di Instagram, Nur Amirah berkata penafian haknya terjadi selepas dia bertindak meminta untuk berpisah.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga kelihatan begitu sebak dan tertekan sehingga merayu agar suami segera melepaskan dirinya kerana sudah tidak tahan lagi hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia.

Video berkenaan kemudian telah dikongsi semula oleh warga maya dan menjadi tular di pelbagai platform laman sosial.

Rakam layar sesi live di Instagram Nur Amirah baru-baru ini.

Peguamcara dan Peguambela, Nor Zabetha Muhamad Nor dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co berkata kes yang dialami pasangan itu banyak berlaku di dalam masyarakat kita.

Cuma bezanya pada pasangan lain adalah orang biasa yang bukan ‘public figure’, jadi kesnya jarang kita dengari.

Ujar Nor Zabetha, wanita perlu penting perlu tahu tentang undang-undang yang berkaitan isu begini yang dikategorikan sebagai salah satu bentuk keganasan rumah tangga.

“Kes mengeluarkan nama isteri dari syarikat, menafikan haknya juga adalah merupakan satu perbuatan dibawah definisi keganasan rumah tangga.

“Kebiasaannya apa yang, kita faham bahawa keganasan rumah tangga itu adalah perbuatan pukul, mencederakan atau kata-kata makian sehingga menyebabkan tekanan emosi dan mental.

“Skop maksud keganasan rumah tangga lebih luas,” katanya.

Peguamcara dan Peguambela, Nor Zabetha Muhamad Nor.

Mengulas mengenai keganasan rumah tangga, pada itu Nor Zabetha turut menerangkan mengenai Seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) memberikan 10 jenis perbuatan keganasan rumah tangga (termasuk pindaan).

“Antaranya seperti yang kita faham, pukul, mencederakan, maki hamun, mengurung, menakutkan untuk mencederakan.

“Sebagai tambahan, definisi ini turut melibatkan perbuatan terhadap harta benda si mangsa.

“Misalnya, melakukan khianat atau kemusnahan kepada harta benda mangsa dengan niat untuk menyebabkan kesedihan dan sebagai penderaan psikologi kepada mangsa,” katanya.

Menurut Nor Zabetha terdapat tiga pindaan penambahan baru kepada definsi itu, sekal igus meluaskan lagi skop makna keganasan perubahan rumah tangga iaitu sekiranya:

(1) Pelaku dengan curang menggelapkan harta mangsa yang menyebabkan mangsa itu mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan.

(2) Mengugut mangsa dengan niat untuk menyebabkan mangsa takut akan keselamatan dirinya atau keselamatan hartanya.

(3) Berhubung dengan mangsa atau pihak ketiga dengan niat hendak mengaibkan mangsa.

Baca juga: Jangan cerita masalah rumah tangga pada bos lelaki - Ustaz Firdaus

Justeru, penerangan ini memberikan definisi yang lebih besar tentang makna keganasan rumah tangga dari segi undang-undang.

“Begitulah luasnya skop keganasan rumah tangga. Jika ianya sudah dalam kategori (keganasan rumah tangga) yang disenaraikan ini, apa boleh dilakukan mangsa?

“Buat laporan polis. Boleh dapatkan perintah perlindungan untuk menghalang pelaku.

“Banyak cara-cara yang boleh diambil. Tidak semestinya melalui peguam untuk memfailkan tuntutan ini.

“Rujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk konsultansi. Sekurang-kurangnya kita tahu apa pilihan yang ada,” nasihat Nor Zabetha.

Katanya di bawah Seksyen 10 (1) Akta 521 pula, memperuntukkan bahawa mangsa (keganasan rumah tangga yang mengalami kecederaan diri atau kerosakan kepada harta atau kerugian kewangan boleh menuntut pampasan.

 

Kredit foto: Freepik

“Mahkamah boleh boleh mengawardkan apa-apa pampasan berkenaan dengan kecederaan atau kerosakan atau kerugian dianggap munasabah.

“Dalam kes ini, kedua-duanya mencapai kejayaan bersama-sama dan mempunyai harta-harta sewaktu perkahwinan. Maka, si isteri boleh menuntut harta sepencarian daripada bekas suami.

“Banyak cara. Perlu berani. Kawan-kawan sekeliling perlu banyak berikan nasihat dan sokongan.

“Mangsa perlukan keberanian, perlukan kekuatan terutama jika melibatkan penderaan emosi. Bukan mudah,” katanya.

Sehubungan itu, wanita perlu membuka mata dan mengetahui hak undang-undang yang ada apabila diri dan ahli keluarga teraniaya.

Jangan berdiam diri, bangkitlah menuntut hak yang sepatutnya menjadi milik kita.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.

Baca juga: 'Ikatan perkahwinan tidak terlerai sendiri melainkan dengan kematian' - Peguam Syarie

Baca juga: Sedia Masuki Fasa Pertengahan Perkahwinan, Tempuhi Krisis, Konflik

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Nor Zabetha

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca