BARU-BARU ini kerajaan mengumumkan berita gembira buat kaki melancong tentang Pulau Langkawi, Kedah dibuka semula kepada pengunjung bermula 16 September ini.

Lagi berita baik, individu yang menggunakan pesawat udara bagi melancong ke pulau legenda itu bermula Khamis ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hanya mereka yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri itu sahaja perlu berbuat demikian.

“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, surat dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan rentas negeri dan sekatan jalan raya diperlukan sekiranya pelancong melalui jalan darat,” katanya.

Pada 9 September lalu, kerajaan mengumumkan kebenaran kepada pengunjung domestik dari seluruh negara untuk mengunjungi Langkawi, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pulau peranginan di utara tanah air itu dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis program gelembung pelancongan itu adalah terhad kepada individu yang lengkap dos vaksin Covid-19.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dalam pada itu, terdapat individu persoalkan kenapa kenderaan darat memerlukan surat polis namun tidak untuk kapal terbang.

Antara kata warga maya;

“Naik kereta kena surat polis logik dia untuk tak nak bagi peluang orang melencong ke negeri lain, check dau dos vaksin lengkap siap-siap. Naik flight kene check status vaksin kat airport dah pasti sampai kat Langkawi. Tak mungkin terjun ke negeri lain.”

“Surat polis bagi yang nak ke Langkawi guna jalan darat tu nak elakkan orang menyinggah tempat lain. Naik kapal terbang tak perlu sebab terus sampai Langkawi.”

“Flight straight to destination tak menyimpang tempat lain. Kalau jalan darat, kang menyimpang kat tempat lain.”

“Mungkin naik flight tak boleh melencong tempat lain. Apa-apa jadi senang nak kesan. Kontak rapat ke apa contohnya…”

“Rasanya sebab naik flight, dorang memang kena check details masa boarding, memang ada strict measures kat sana. Tapi kalau guna jalan darat, departure point dia dari rumah. So the only proof adalah surat polis sebab dorang akan check details semua masa tu sebelum issue surat.”

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sementara itu, ini tempat menarik di Pulau Langkawi yang perlu korang masukkan ke dalam senarai tempat wajib kunjungi;

1. Kereta Kabel Langkawi

Tingginya kereta kabel Langkawi ini memang sayup. Tapi wajib naik paling kurang sekali seumur hidup.

2. Island Hopping

Naiki bot ke beberapa tarikan menarik Langkawi seperti Tasik Dayang Bunting.

3. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi di Pantai Cenang ini bukan saja ada ikan, tapi juga penguin.

4. Pantai Cenang

Ini tempat menarik kat Langkawi yang percuma. Boleh datang malam, shopping souvenir atau layan pantai dengan anak sama-sama.

5. Pulau Payar

Nak mandi manda dengan ikan berwarna-warni kat sekeliling korang? Kalau bajet lebih, boleh ambil pakej snorkeling.

6. Taman Buaya Langkawi

Siapa sangka yang taman buaya terbesar di Malaysia ada kat Langkawi kan?

7. Splashout Langkawi

Nak jerit main gelonsor air masa cuti kat Langkawi? Jom layan taman tema air Splashout ini.

8. Pulau Paradise 101

Suka buat benda lasak macam main air jet ski, banana boat dan parasailing? Jom pergi pulau peribadi ini dan main puas-puas.

9. Langkawi Wildlife Park

Jom bawa anak-anak dan pasangan masuk petting zoo ini dan beri makan burung dan macam-macam binatang lagi.

10. Kilim Mangrove Tour

Nak tengok tempat menarik yang dah ada sebelum dinosaur wujud pun lagi? Boleh ambil trip bot untuk ke sana.

11. Telaga Harbour

Telaga Harbour ini tarikan Langkawi untuk tengok kapal-kapal mewah berlabuh macam view oversea.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

12. Umgawa Zipline

Nak rasa masuk hutan Langkawi? Layan kawasan hutan Gunung Raya pakai tali.

13. Muzium Selfie

Ini muzium khas untuk diva IG dan seangkatan dengannya OOTD sampai puas hati.

14. Kompleks HIG

Shopping kat HIG ini benda wajib buat kat Langkawi. Boleh datang siang ataupun malam.

15. Oriental Village

Oriental Village ini tarikan utama Langkawi. Sebab inilah tempat bermula untuk korang naik kereta kabelnya.

Iklan

16. Island Horses

Boleh naik kuda samaa da di pantai dan hutan.

17. Muzium 3D Langkawi

Korang kaki selfie? Tarikan terbaru Langkawi ini memang untuk korang.

Baca juga Melancong ke Langkawi: DG Hisham ingatkan patuhi SOP, elak kes meningkat

18. Skytrex Langkawi

Sukakan aktiviti lasak? Tak takutkan tempat tinggi? Skytrex Adventure Langkawi mungkin habitat sesuai untuk korang.

19. Langkawi Adventure & Extreme Park

Boleh cuba naik basikal tak cecah tanah.

20. Kayak di Dev Adventure Tours

Aktiviti berkayak melalui paya bakau Langkawi.