MOHON waspada kepada penduduk di tiga negeri iaitu Johor, Sabah dan Sarawak.

Ini kerana Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan berterusan di timur Johor, timur Sabah dan barat Sarawak bagi tempoh tiga hari iaitu 28 hingga 30 Disember.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Hujan berterusan yang akan melanda itu berpunca dari susulan luruan monsun.

Luruan monsun adalah angin sejuk dari Siberia yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, angin kencang dan laut bergelora diramal di perairan Laut China Selatan termasuk kawasan perairan pantai timur Semenanjung pada Ahad (26 Disember) ini hingga Khamis.

Ujarnya, orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.

Katanya, MetMalaysia akan terus memantau keadaan cuaca setiap hari dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan serta amaran ribut petir jika perlu.

Selain itu, beberapa persediaan boleh dilakukan penduduk di tiga negeri tersebut. Antaranya;

1. Hindari lokasi berisiko

Cara terbaik untuk mengelakkan kilat, banjir kilat, dan keadaan berbahaya lain adalah dengan tidak berada di kawasan yang terdedah pada bahaya.

Secara logiknya, lokasi-lokasi akuatik seperti air terjun, sungai, paya, lombong, terusan, kolam, tasik dan laut perlulah dielakkan, lebih-lebih lagi jika membawa anak-anak kecil.

Baca juga Rumah rosak akibat banjir, ini cara tuntut pampasan insurans, LPPSA, PBT

2. Sediakan keperluan asas

Untuk berdepan situasi yang lebih buruk, khususnya apabila hujan lebat membawa ancaman lanjutan, setiap isi rumah perlu menyediakan barangan keperluan seperti kit pertolongan cemas, lampu suluh yang dilengkapi bateri, ubat-ubatan selain bekalan makanan dan air bersih.

Pastikan juga korang mempelbagaikan stok makanan di rumah, terutamanya jenis makanan yang tidak perlu dimasak.

fenomena hujan pelik

3. Cabut plag barangan elektronik

Pastikan korang padam suis kuasa dan cabut plag barangan elektronik di rumah seperti televisyen, radio, modem, komputer dan barangan lain ketika hujan lebat diiringi petir.

Dalam situasi lebih teruk seperti dilanda banjir, semua peralatan perlu dipadamlan, termasuk peti sejuk.

Pastikan juga mengalihkan barangan elektrik serta barangan penting lain di aras yang lebih tinggi supaya tidak dibawa arus air sekiranya berlaku banjir.

Iklan

4. Jangan meredah banjir atau ribut

Jangan sesekali memandu kenderaan mengharungi air banjir kerana ia boleh membahayakan nyawa serta merosakkan kenderaan.

Jika kenderaan korang terperangkap di dalam air banjir, keluar dan tinggalkan saja kenderaan itu sebelum paras air naik ke paras yang lebih tinggi. Nyawa lebih penting dari harta benda!

Baca juga Elak terperangkap banjir dalam perjalanan ke Pantai Timur, boleh guna laluan alternatif

Iklan

5. Jangan dekat dengan tiang dan pencawang elektrik

Jangan sesekali berada dekat dengan tiang atau pencawang elektrik kerana boleh terkena renjatan.

Jika korang melihat seseorang rebah akibat terkena renjatan, jangan segera mendekati dan menyentuh mangsa tanpa memikirkan tentang risiko persekitaran terlebih dahulu.