Waspada 'picnic' di 3 sungai di Hulu Selangor, 'hotspot' lemas, kepala air

glamping air terjun
glamping air terjun
A
A
A

Waspada 'picnic' di 3 sungai di Hulu Selangor, 'hotspot' lemas, kepala air

BERKELAH dan beriadah pada hujung minggu sebenarnya menyeronokkan kerana kita dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang.

Di samping beristirahat, bukan sahaja di tepi pantai, tepi sungai atau dekat air terjun, tepi tasik pun boleh berkelah asalkan tempat yang dipilih itu sesuai. Jangan lupa sediakan tikar mengkuang untuk bersantai.

Air terjun biasanya menjadi pilihan ramai untuk beriadah. Air terjun sememangnya menyajikan pemandangan alam yang menakjubkan, tambahan pula ‘tangisan’ air mengalir dari kawasan bukit mahupun pergunungan kadang-kala menghasilkan fenomena pelangi akibat biasan cahaya dan air.

Namun selalunya air terjun ini terletak jauh ke dalam hutan.

Sungai juga tidak kurang hebatnya dan selalunya kebanyakan sungai rekreasi turut menyediakan fasiliti bagi pengunjung.

Terletak di pinggir hutan dan dikelilingi pokok, pastinya kalian terhibur mendengar alunan muzik semula jadi terhasil daripada aliran air sungai, gemersik daunan serta unggas.

Pun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan berwaspada terhadap tanda-tanda kepala air sebelum memulakan aktiviti perkelahan atau sebarang aktiviti rekreasi berdekatan sungai.

Baca juga Ini 5 petua mudah hilangkan bau hamis daging kambing. Mesti ramai yang tak sangka

glamping air terjun Gambar fail.

Ini kerana menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, tiga lokasi perkelahan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, dikenal pasti sebagai kawasan yang kerap melaporkan kejadian kes mati lemas dan terperangkap dalam kepala air sepanjang 2020 hingga 2022.

Tiga kawasan hotspot itu adalah adalah Sungai Batang Kali, Sungai Chiling dan Sungai Pertak.

Ujarnya, secara umumnya, kesemua sungai atau jeram berisiko untuk berlaku kepala air atau berlaku insiden lemas namun begitu, jika dikategorikan sebagai lokasi hotspot (titik panas), ia adalah (lokasi di mana) kejadian yang berlaku lebih dari sekali.

Katanya, berdasarkan statistik, sepanjang tempoh itu, sebanyak 15 kes mati lemas dan enam kes terperangkap dalam kepala air dilaporkan di Selangor membabitkan 10 kawasan rekreasi di sungai, air terjun, hutan lipur dan lata.

Daripada jumlah itu, katanya, Sungai Batang Kali mempunyai rekod kes lemas paling tinggi iaitu sebanyak lima kes dan empat kes membabitkan mangsa yang terperangkap dalam kepala air.

Bac juga Kaki sungai pun boleh tewas, air terjun berpusar perangkap maut, pengunjung nyaris lemas

Justeru, Norazam menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dan berwaspada terhadap tanda-tanda kepala air sebelum memulakan aktiviti perkelahan atau sebarang aktiviti rekreasi berdekatan sungai.

Sekiranya kalian terperangkap di kepala air, hubungi pasukan penyelamat atau tunggu sehingga kepala air reda dan jangan sekali-kali menyeberangi sungai pada waktu itu.

Sementara itu, ini cara kenal pasti tiga jenis kepala air yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Iqbal Halim.

1. KEPALA AIR YANG BOLEH DIJANGKA

Contoh sewaktu kita camping, kawasan situ tengah hujan lebat. Sewaktu tu arus sungai kita boleh nampak lebih deras daripada biasa. Jadi waktu macam ni tak payah la pi mandi kat sungai, mandi air hujan jek sudah le.

2. KEPALA AIR YANG ADA TANDA

Kadang-kadang kawasan kita camping tak hujan pun, cerah saja tapi sebenarnya di kawasan atas bukit atau gunung tengah hujan lebat. Antara tanda-tanda nak jadi kepala air macam ni:

  • Akan datang buih putih.
  • Selepas buih datang daun-daun pokok.
  • Kemudian datang ranting kayu.
  • Lepas tu air jadi amat keruh.
  • Akhirnya baru datang kepala air bersama dahan pokok mati dan sampah.

3. KEPALA AIR YANG TAK DIJANGKA

Benda ni jadi bila ada tanah runtuh yang menutup laluan air sehingga terjadi empangan sementara.

Air mula bertakung dan akhirnya bila empangan pecah terus datang kepala air yang turun dengan laju dan secara tiba-tiba. Tapi benda ni jarang sangat nak jadi.

Jadi jika ada perancangan untuk pergi berkelah atau berkhemah di air terjun mahupun anak sungai, lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dengan perhatikan tanda-tanda ini ya. Semoga dapat mengelakkan dari berlakunya tragedi yang tidak diingini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Iqbal Halim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca