Wow! Aplikasi grab terima 9,000 pesanan bahan masakan     

No Image Caption
A
A
A

PANDEMIK koronavirus yang melanda seluruh dunia memberi penangan yang bukan calang-calang.

Ketakutan untuk keluar rumah demi mengelak virus yang tidak boleh nampak dengan mata kasar menyebabkan perniagaan secara online meledak pada kapasiti luar biasa.

Dengan arahan penjarakkan sosial dan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia dijangka akan terus bergantung kepada pembelian secara dalam talian menerusi beberapa aplikasi popular.

Di Malaysia, aplikasi Grab antara yang menjadi pilihan orang ramai membeli-belah selain Food Panda.

Baru-baru ini, Grab mendedahkan, rakyat negara ini, jimat lebih RM3 juta untuk barangan keperluan Ramadan dan hari raya di seluruh platformnya.

Artikel berkaitan: Daftar kod QR untuk solat Jumaat di Masjid dengan konsep ‘siapa dulu’

Dengan semangat ‘memberi ‘, lebih 17 juta mata GrabRewards telah disumbangkan kepada pelbagai badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan.

Berikut ialah perincian bagaimana rakyat Malaysia berbelanja pada bulan Ramadan lalu dan awal musim raya:

GRABMART

  • Kurma adalah pembelian paling popular dengan 200 pembelian sehari.
  • Item paling banyak dicari pada bulan Ramadan ialah bahan-bahan masakan seperti serai, santan, tauhu, tempe dan taugeh. Kombinasi ramuan ini mencecah lebih dari 9,000 pesanan!
  • Seorang pengguna membelanjakan RM350 untuk daging kambing beku, transaksi terbesar dalam satu pesanan.
  • Sementara lima item paling dicari ketika Hari Raya ialah air mineral, minuman ringan, telur, ketulan ais dan popcorn!

GRABEXPRESS

  • Item paling disukai rakyat Malaysia daripada penjual (seller) ialah satay dengan lebih 10,000 pengguna mengunjungi laman web penjual seperti Rahmat Satay dan Abam Satay.
  • Minggu sebelum Hari Raya, aneka biskut paling dicari. Sebagai contoh, seorang penjual dengan jenama Cookies By Yusa menerima 'kunjungan' dua kali ganda berbanding pada minggu sebelumnya.

GRABPAY & GRABREWARDS

  • Transaksi tunggal terbesar adalah pada harga RM1,000 yang dibelanjakan untuk barangan runcit dalam talian.
  • Kategori paling tertinggi yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia membeli-belah ialah makanan dan minuman, kedai runcit termasuk laman web fesyen seperti Zalora dan FashionValet dengan lebih 400,000 urus niaga.

PENULIS: MAZLINA ABDUL MAJID

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca