'10 hari tanpa telefon macam anak hilang mak', Che Ta dedah kena pickpocket di London
'10 hari tanpa telefon macam anak hilang mak', Che Ta dedah kena pick pocket di London
SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon dan usahan, Rozita Che Wan. Penampilannya yang sentiasa vouge, membuatkan ramai yang jatuh suka.
Setiap kali berkongsi gambar mahupun video menerusi laman Instagramnya, pasti meraih perhatian ramai.
Dia juga antara selebriti yang tidak lokek berkongsi kehidupan peribadinya dalam media sosial.
Terbaharu, Rozita atau lebih mesara disapa Che Ta memuat naik sebuah rakaman yang memaparkan dia berada di kota Paris untuk bercuti bersama keluarga tercinta.
Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila Che Ta memaklumkan bahawa telefon bimbitnya telah dicuri oleh penyeluk saku ketika berada di kota cinta itu.
"10 hari tak ada telefon, rasa macam duduk dalam gua.
"Kami kena pickpocket masa kat London. Hilang telefon macam anak hilang mak," tulis Che Ta.
Isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu memilih Eropah sebagai destinasi percutiannya bersama ahli keluarga sejak 28 Januari sebelum pulang ke tanah air pada 18 Februari lalu.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap Che Ta.
Malah ramai juga yang menceritakan pernah berdepan situasi sama ketika berada di kota tersebut.
Ujar mereka;
"Sorry to hear abt ur lost sis, tapi betul... kalau kat London, memang kena hati-hati esp masa berselisih dgn org ramai. Saya dulu kena masa kat Underground. Ada buat-buat terlanggar dengan kita konon masa berselisih. Tau-tau kawan kat belakang cakap 'Eh, napa beg kau kat belakang tak berzip? Cuba check purse?' Check,dah sah hilang!"
"Nasib baik ada jugak gamba kat IG Che ta cantik jelita kalau rindu boleh juga tengok balik."
"Patut hairan tak nampak Che Ta update apa-apa... apa pun alhamdulillah Che Ta selamat sampai Malaysia dah."
"Sana mana-mana pi kena extra jaga tak boleh leka sat ja lesap. Sling bag kami letak depan badan sorok dalam jacket. Alhamdulillah selamat."
"Nasib baik tak curi duit or credit cards, debit cards."
Baca juga Stacy bawa isu kesihatan mental, kongsi pengalaman sendiri dalam Teriak
Sementara itu, ini tiga tip penting bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa mudah penyeluk saku di negara Eropah;
1. Berpakaian Seperti Orang tempatan.
Selalu kita tengok, banyak orang yang melancong berpakaian seperti artis gitu. Betul OOTD, tapi pakaian seperti ini yang selalunya akan menarik perhatian para penyeluk saku.
Cuba lah anda dressing baju biasa saja. Tshirt, jeans dan sneaker pun sudah memadai. Jika sejuk pakailah jaket atau winter cloth yang bersesuaian dan tidak terlalu terang.
2. Pakai sling bag atau bag pack yang menghala ke depan.
Seandainya anda memakai back pack di belakang ia samalah seperti anda meletakkan nota 'Sila seluk saku saya'. Ini adalah peluang bagi pick pocket untuk mencopet anda.
Seandainya ada bag yang masih di belakang, sila halakan ke depan bagi supaya kita dapat memastikan keselamatan barangan berharga kita terjamin.
3. Kosongkan poket anda.
Poket perlulah kosong sentiasa dari sebarang barangan yang berharga. Barangan berharga perlu disimpan kemas di dalam bag seperti, wallet, handphone, passport dan sebagainya kerana perkara ini akan memudahkan penyeluk saku mengambilnya.
Sememangnya perkongsian lelaki ini sangat membantu terutama mereka yang merancang untuk ke Eropah.
Apa-apa pun, yang penting anda kena berhati-hati bila ke negara orang ya!
Sumber tip: FB Mohamad Nazarul Eizat
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang