PENYANYI rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilaporkan sedang dikesan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu PDRM dilaporkan telah meminta bantuan dari Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan beliau dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Kerjasama kedua-dua mereka dihendaki bagi memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat seorang pendakwah terkenal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, Caprice dan Nadir diminta untuk berhubung dengan pihaknya bagi tujuan siasatan.

“Kita sudah berbual (chat) dengan kedua-dua individu ini, namun tidak dibalas, jadi kita telah minta bantuan Interpol untuk kesan dan berhubung dengan mereka.

“Ini bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Caprice dalam hantaran terkini Instagram berkongsi video yang memaparkan kedutaaan Malaysia di Jordan.

“Orang kata ada pihak cari kita? Amman to Ramallah.

“Siapa-siapa yang tengah cari. Polis ke, Interpol ke, mak mertua ke, Zizan untuk keychain firaun ke, boleh je whatsapp Caprice +60169019035 .

Iklan

“Nombor ini ada dekat bio Instagram,” tulis Caprice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Iklan

Baca juga Terima Banyak Ancaman, Caprice Buat 5 Posting Terakhir, IG Bakal Dipadam

Terdahulu, pendakwah Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan tuduhan dilemparkan di media sosial termasuk daripada Nadir Al-Nuri dan Caprice berkenaan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Sumber: @capriceofficial