BARU-BARU ini perselisihan faham antara penyanyi rap Caprice dan pendakwah terkenal, Ebit Lew menjadi perhatian ramai dan tular di laman sosial.

Terbaharu, menerusi lima posting panjang di Instagramnya semalam, Caprice seakan memberi petunjuk bakal berehat panjang daripada sosial media berikutan pendedahan beberapa perkara yang mungkin merupakan kali terakhir.

Menurutnya, dia berasa ralat kerana pihak Instagram telah memadam beberapa hantarannya sebelum ini berkaitan Palestin malah turut menerima peringatan amaran dari pihak tersebut yang bekemungkinan akan turut menyebabkan akaunnya dipadam.

“Selamat tinggal Instagram. Mereka telah ‘menyembunyikan’ saya, jadinya ini mungkin posting terakhir saya. Ini kisah saya dan apa yang saya belum dedahkan berkenaan Palestin,” tulisnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi perkongsiannya, Caprice ada menyebut perihal bantuan yang diminta oleh badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia kononnya bagi tujuan misi kemanusiaan Palestin sebenarnya telah disalahgunakan bagi tujuan ‘cuci duit’. Lebih mengejutkan, katanya ia dilakukan oleh mereka yang arif akan isu agama.

Selain itu, selebriti yang popular dengan tagline Bang! Bang! itu turut mengakui menerima banyak ugutan dan berasa begitu tertekan dengan pelbagai isu yang menghimpitnya susulan pendedahan yang dibuat sebelum ini.

Bagaimanapun, dia tidak akan mudah berputus asa dan akan terus membantu rakyat Palestin.

Sementara itu, penyanyi lagu Baby Sayang itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang terasa hati dengan apa yang berlaku.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Iklan

“Walaupun misi kita ini makin lama jadi terlalu dalam sangat, sampai kita terima banyak ugutan, sampai seorang ahli organisasi gelap tiba-tiba muncul dekat hotel Caprice. Sampai IG Caprice akan dipadam, kita tetap akan teruskan. Caprice doa hari-hari untuk tunjuk jalan dan kurangkan beban ini.

“Insya-ALLAH. Caprice minta maaf kepada rakyat Malaysia sapa-sapa yang terasa dengan apa berlaku. Bila kita sudah sampai sini, Caprice nak bantu rakyat Palestin, dan cuba cari jalan untuk visi Al-Aqsa 2040.

Baca juga ‘Terima kasih yang memfitnah saya…’ – Komen disalah erti, Zulin Aziz hubungi Siti Nordiana

“Tiba-tiba kita terlibat dengan objektif luar daripada misi asal Caprice. Tapi demi rakyat Palestin, kita sanggup bersuara dan lawan organisasi yang menguna isu Palestin untuk cuci duit.

“Bukti dari hasil insya-ALLAH. Dengan orang-orang yang terlibat. Dengan rakyat Palestin. Dari Gaza sampai Jerusalem. Saya akan lakukan terbaik untuk ummah dan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, nama Caprice hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi berikutan beberapa dakwaan terhadap Ebit Lew berhubung misi bantuan ke Gaza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)