Ahli kumpulan The Wanted, Tom Parker meninggal dunia akibat kanser

A
A
A

TOM Parker menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 33 tahun setelah menderita barah otak.

Berbicara soal kanser, ia merupakan satu perkara yang menyayat hati kerana sehingga kini, masih lagi tiada penawar untuk merawat kanser.

Menurut Yahoo News, kematian Parker disahkan oleh isterinya, Kelsey melalui perkongsian di laman sosial Instagram.

Kredit foto: being_kelsey

“Dengan berat hati, kami mengesahkan bahawa Tom telah menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga tersayang.

“Hati kami sungguh terluka dengan kematian Tom kerana dia merupakan segala-galanya bagi kami.

“Tidak dapat dibayangkan kehidupan kami selepas ini tanpa adanya senyuman manis dan kekuatan darinya,” ujar Kelsey.

Baca juga: Bruce Willis Bersara Akibat Aphasia, Berikut Fakta Penyakit Dihadapinya

Kelsey juga berterima kasih kepada para peminat yang tidak henti menyayangi dan menyokong Parker sepanjang kerjaya.

Di akhir perkongsian, Kelsey sekali lagi mengucapkan terima kasih buat para peminat Parker yang memberi sokongan semasa sakit sehinggalah akhir nafasnya.

Kredit foto: Thewantedmusic

Kematian Parker juga turut dirasai oleh rakan seperjuangan.

Ahli kumpulan The Wanted meluahkan rasa sedih melalui coretan yang dikongsi di laman Instagram kumpulan terbabit.

Seluruh ahli kumpulan berdukacita dengan pemergian Parker kerana mereka kehilangan permata di dalam kumpulan The Wanted.

Sewaktu kematian Parker, ahli kumpulannya turut bersama di sisi mengiringi pemergiannya.

Pada Oktober 2020, Parker telah disahkan menghidapi kanser gliobastoma tahap 4 yang merupakan antara kanser otak.

Parker begitu terbuka soal kesihatannya dan sering berkongsi perkembangan diri menerusi laman sosial Instagram.

Pada November tahun lalu, Parker memberitahu bahawa kanser yang dihidapinya berada dalam keadaan yang terkawal setelah menjalani rawatan radioterapi.

Hasil perkahwinan Parker bersama Kelsey, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aurelia Parker berusia dua tahun dan Bodhi Parker setahun.

Kredit foto: being_kelsey

Baca juga: Awas, Lelaki Berusia 40 Tahun Ke Atas, Lakukan Saringan Elak Derita Kanser Kolon

Baca juga: Hati-Hati Pengambilan Kicap, Berisiko Kanser. Ketahui Cara Prosesnya

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca