Pertama kali sambut Aidiladha bersama suami baru, Mizz Nina jelajah 4 negara dalam masa 2 minggu
PERKAHWINAN bekas penyanyi dan aktivis, Mizz Nina merupakan berita yang menggembirakan para peminat.
Mizz Nina, 42, mengumumkan ijab kabul dengan penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat, Essam Muhammad berlangsung secara tertutup di luar negara pada suku tahun kedua tahun ini.
Memuat naik beberapa video bersama suami tersayang, baru-baru ini Mizz Nina mengunjungi lokasi bulan madu di Santorini, Greece.
Pemilik nama Shazrina Azman mendedahkan beliau dan Essam telah mengunjungi banyak negara.
Baca juga: Mizz Nina nikah buat kali kedua, rapper kacukan Maghribi-Amerika jadi pilihan
“Apabila anda membiarkan hati berusaha untuk mencari kedamaian, kesyukuran dan kepuasan, setiap saat dihabiskan dengan bermanfaat.
“Masa berlalu tetapi tanpa penyesalan kerana anda melakukan sesuatu dengan niat untuk menggembirakan ALLAH dan itu akan sentiasa khayr (lebih baik).
“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dan bertuah kerana dapat menjelajah dunia bersama suami tercinta.
“Kami kunjungi empat negara dan enam bandar dalam masa dua minggu. Reel ini,adalah rakaman hari i yang kami habiskan di Istanbul, Turkiye.
“Suami (Essam) memberi kejutan dengan membawa saya ke lokasi rahsia di atas bumbung dengan pemandangan indah 360 darjah bandar dan Selat Bosporus,” titipnya.
Baca juga: 8 info Essam Muhammad suami Mizz Nina, penyanyi & pendakwah Amerika Syarikat
Menurut Mizz Nina, ia juga adalah lokasi Essam merakam videonya, On the Road pada 2021.
Tidak hanya mengunjungi semata-mata, Mizz Nina dan Essam melakukan pelbagai aktiviti santai dan berlibur.
Di sana beliau meluangkan masa menunggang basikal elektrik meneroka bandar.
Lebih istimewa lagi, ini adalah pertama kali mereka menyambut hari raya sebagai suami isteri.
Beliau dan Essam meluangkan masa mengunjungi masjid pada hari raya pertama baru-baru ini.
Jelasnya, menunjukkan kasih kepada orang yang dicintai bukan sesuatu yang keterlaluan. Berjalan dan mengembara bersama memupuk kasih sayang.
Baca juga: Mizz Nina, Essam berbulan madu di Santorini, Greece
“Tidak bermakna perlu mengembara beribu batu jauhnya, kadangkala anda hanya perlu meneroka di sekitar bandar sendiri atau bandar berdekatan di negara sendiri.
“Melancong adalah sunah kerana dengannya kita akan belajar tentang budaya lain di dunia. Ia juga yang membuatkan kita memahami diri dan orang lain.
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan.
”Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.” (41:13),” titip Mizz Nina.
Warganet menyedari menerusi video yang dimuat naik, aktivis itu kelihatan sangat berseri dan gembira.
Ujar mereka:
- “Wanita akan kelihatan cantik, bahagia dan bersinar bila bersama lelaki yang tepat.”
- “I I feel like she is happier than before, like you can really see in her face.
- “You looked so happy with your new husband. Your face look glowing and shining. Ccongrats Mizz Nina and husband.”
- “ALLAH SWT gantikan dengan yang lebih baik insya-ALLAH, wajah kalian seiras.”
- “You are glowing. Happiness suits you. Wishing you a lifetime of love till jannah.”
- “Alhamdullilah, nampak sepadan, sesuai bersama. Semoga hubungan kalian kekal hingga ke syurga.”
Terdahulu, Mizz Nina mengumumkan akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di ibu negara.
Pada Ogos tahun lalu, Nina mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah bercerai dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka bernikah pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Namun, pada Mac 2022, beliau dan Noh mengumumkan kehadiran anak angkat lelaki mereka yang diberi nama Musa.
Baca juga: ‘Selepas berfikir, kami bersetuju untuk berpisah’- Mizz Nina, Noh sah bercerai
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang