TIDAK salah mengamalkan diet untuk menguruskan badan namun jika caranya silap, padah menanti.

Seperti yang terjadi kepada penyanyi dangdut Indonesia, Juwita Bahar ini.

Menurut Tribunnews, Juwita berkongsi kisah sedihnya itu melawan penyakit sehingga doktor mengatakan dia akan mengalami lumpuh.

Pelantun lagu Kereta Malam itu menceritakan kisahnya terkena penyakit yang menyerang otak ketika berusia 10 tahun.

Sebenarnya, kerana penyakit itu, Juwita koma selama 15 hari di hospital yang disebabkan oleh diet yang ketat dan mula mengalami gastritis.

“Saya tidak tahu apa yang dikatakan doktor. Doktor menyatakan saya menghidap barah otak atau virus otak, apa pun mengenai otak. Tetapi saya juga tidak pasti meningitis atau bukan.

“Doktor turut mengatakan peluang untuk bertahan hidup adalah 50:50. Jadi jika saya sihat, saya akan lumpuh,” katanya.

Baca juga Kim Kardashian didakwa failkan penceraian

Iklan

Selama koma 15 hari, wanita berusia 24 tahun itu merasa sedih kerana ibu bapanya, Annisa Bahar dan Memo Sanjaya menjadi panik dan terpaksa menjaganya setiap hari.

Iklan

“Saya berasa seperti bayi setelah bangun daripada koma. Terpaksa belajar lebih banyak mengenai pergerakan, kaki dan kepala. Saya tidak menjalani rawatan khas.

“Saya tinggal di rumah dengan bantuan keluarga. Alhamdulillah ia pulih,” katanya.

Katanya juga, penyebab utama Juwita koma selama 15 hari dan menderita penyakit yang menyerang otaknya adalah disebabkan oleh diet yang ketat.

“Saya amalkan diet kurangkan karbohidrat dan protein semasa saya mempunyai tekanan darah tinggi.

“Oleh itu, ketika saya dibawa ke hospital, tekanan darah tinggi saya sehingga 180. Alhamdulillah, saya sembuh dan kembali menjadi Juwita,” katanya.