AHLI perniagaan, Engku Emran yang juga suami kepada Noor Nabila menjadi tumpuan ramai selepas mengakui kini dalam proses penceraian.

Engku Emran yang berkahwin dengan Nabila pada 19 Mac 2021 menyatakan hasrat berpisah selepas keluar dari rumah pada Januari lalu.

Nabila bukanlah wanita pertama yang bertakhta di hati Engku Emran. Lelaki berusia 48 tahun itu pernah bernikah dengan dua wanita jelita yang cukup popular.

Baca juga:’‘Kami dalam proses bercerai’- Noor Nabila, Engku Emran

PERKAHWINAN PERTAMA

Menerusi perkahwinan pertamanya, Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan peragawati, penyanyi, pelakon dan pengacara Erra Fazira atau Fazira Wan Chek pada 25 Oktober 2007.

Majlis akad nikah Emran dan Miss Malaysia World 1992 itu diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.

Namun ikatan suami isteri antara mereka tidak bertahan lama. Pada 17 Februari 2014, mereka dengan rasminya berpisah dengan talak satu.

Baca juga: [VIDEO] Sayang yang tidak berpenghujung buatmu, anakku – luahan Erra Fazira buat Engku Aleesya.

PERKAHWINAN KEDUA

Selepas bercerai dengan Erra, Engku Emran berkahwin dengan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Laudya Cynthia Bella - Engku Emran bercerai,

Emran dan Bella dikatakan berkenalan menerusi pelakon, Nora Danish serta suami pada Mac 2017.

Kedua-duanya melangsungkan perkahwinan pada 8 September 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Ia diikuti dengan majlis resepsi khas untuk rakan-rakan dan keluarga di sebuah hotel di Bandung, Indonesia pada Oktober 2017.

Mereka bagaimanapun berpisah pada 2020. Bella menerusi program televisyen berkata keputusan untuk bercerai dipersetujui kedua-dua belah pihak dan ia dilakukan secara baik.

Perkahwinan mereka selama lebih dua tahun itu bagaimanapun tidak dikurniakan anak.

Baca juga: Laudya Cynthia Bella – Engku Emran bercerai, hanya bertahan dua tahun sahaja

Baca juga: Erra Fazira akui, anak turut bersedih dengan perpisahan Bella dan bekas suami

PERKAHWINAN KETIGA

Iklan

Engku Emran berkahwin dengan Noor Nabila yang juga mesra dipanggil Bella.

Namun, dalam perkembangan terbaru, Nabila memaklumkan penceraian antara mereka akan diputuskan dalam masa terdekat.

Keputusan tersebut diambil selepas Emran keluar dari rumah pada Januari lalu.

“Alhamdulillah ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.

“Jodoh ajal maut adalah aturan ALLAH SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia serta berpanjangan,” katanya.

Tidak mahu mendedahkan isu perkahwinannya, kakak kepada pengacara Noor Neelofa itu berharap supaya ia hanya diketahui antara mereka berdua dan menjadi pengajaran buat dirinya.

Iklan

“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.

“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.

“Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari-NYA untuk saya dan anak lalui,” katanya.

Biarpun perkahwinan mereka tidak dikurniakan zuriat, Nabila pernah mendedahkan kepada media bahawa dirinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan terakhir pada Jun 2022.

Baca juga: ‘Nabila berhak untuk mencari kebahagiaan dia sendiri’ – Sharnaaz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!