Anak kedua jalani pembedahan buah pinggang, Shahrol Shiro mohon doa

A
A
A

PELAWAK, Shahrol dari kumpulan Shiro memohon doa agar pembedahan anaknya keduanya, Ismail Rifqi berjalan lancar.

Shahrol menerusi Instagram menyatakan bacaan surah Yassin sebagai titipan buat anaknya yang menjalani pembedahan pagi tadi.

“Ya ALLAH pada pagi Jumaat mulia ini ku titipkan bacaan Yassin buat anakandaku Ismail Rifqi yang sedang menjalani pembedahan buah pinggang pagi ini.

“Permudahkanlah urusannya, angkatlah segala penyakitnya dan berikanlah kesihatan yang baik buat dirinya

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Ya ALLAH, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada seksa neraka", tulis Shahrol.

Ismail yang berusia lapan bulan mengalami masalah pada buah pinggang yang mana dia tidak mempunyai buah pinggang kanan manakala buah pinggang kirinya membengkak.

Ia hanya dikesan apabila anak kecik itu tidak sihat dan dimasukkan hospital awal bulan lalu.

Baca juga 'Buah Pinggang Kanan Tiada, Kiri Membengkak'

Menurut portal Gempak, Shahrol memaklumkan buah pinggang Ismail membengkak dan kerana 80 peratus salurannya tersumbat.

Hasil perbincangan dengan pakar mengambil kira pelbagai faktor dan pembedahan tersebut adalah demi menyelamatkan buah pinggang bayi itu daripada menjadi lebih teruk.

Difahamkan pembedahan akan mengambil masa empat jam bermula jam 9.3 pagi tadi.

Shahrol berkahwin dengan Nor Farhanah Syamimi atau lebih dikenali sebagai Anna pada 18 Mac 2016.

Selain Ismail, pasangan berkenaan turut dikurniakan anak sulung lelaki bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @shahrolshiro, @anna_danisha

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca