MASAKAN Melayu selalunya tak dapat lari daripada rasa pedas dan berempah, sebab itulah cili kering sentiasa ada di dapur. Jika terlalu lama disimpan di tempat lembap, berkulat jadinya. Tahukah anda, cili kering yang sudah berkulat dan berhabuk sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada kesihatan?

Perkongsian seorang guru, Syifa’ Ul-hanani ini menjadi tular di laman sosial. Hampir 6,000 shares, Syifa menerangkan kebiasaan masyarakat yang memandang enteng cili kering berkulat dan berkeras untuk menggunakannya kerana sayang untuk dibuang. Berikut perkongsiannya:

“Cili kering tu biasa kalau penuh kulat berhabuk macam tu. Basuh jer nanti hilang boleh je guna. Selama ni saya guna okay jer.”

“Ini adalah ayat biasa orang awam yang belum tahu. It is OK, jom sama-sama kita belajar. Habuk atau cendawan yang kita nampak hanya bahagian reproduktif atau pembiakan.

Baca juga: Wow! Nasi sejuk elok untuk diet, pesakit diabetes, ahli kimia kongsi 15 fakta mudah faham

Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender

“Sebelum menghasilkan spora, ia perlu capai tempoh matang dahulu bersama dengan keperluan hidup serta keadaan yang optimum. Maksudnya apa? Sebelum keluar spora tu kulat tu dah ada, mycelia merebak diseluruh cili kering ibarat sawang labah-labah yang membungkus cili kering.

“Tetapi ini lagi ekstrem, ia berlaku daripada dalam iaitu pada peringkat sel cili kering. Kalau bersihkan spora fungi yang ada pada cili kering pun tak guna, sebab dalam sel cili kering tu sendiri sudah ada mycelia yang seperti akar,” kongsinya.

BETUL KE KULAT CILI KERING BAHAYA?

Nampak seperti kotoran biasa, namun Syifa turut menjelaskan kulat atau fungi pada cili kering boleh menjadi toksin kepada manusia sekali gus membahayakan kesihatan.

“Fungi yang ada pada cili kering adalah jenis Aspergillus sp. dan majoritinya adalah Aspergillus section Flavi.

“Fungi ni adalah jenis fungi yang menghasilkan aflatoxins ampuh kategori sangat toksik (highly toxigenic). Aflatoksin adalah bahan yang hepatocarcinogenic metabolit iaitu ejen penyebab kanser hati. Terdapat empat jenis aflatoksin dan yang paling toksik adalah B1 yang dihasilkan oleh Aspergillus, fungi cili kering.

Ini rupa Aspergillus sp yang dibiakkan di atas piring petri. Mengerikan kan?

“Aflatoksin ini bahaya kepada manusia dan haiwan. Sebenarnya bukan hasil pertanian yang selalu ditumbuhi dengan Aspergillus. Oleh itu beberapa negara di dunia buat peraturan had aflatoksin yang dibenarkan dalam makanan. Contohnya di Amerika Syarikat, maksimum 20microgram/kg, barulah ia dibenarkan untuk dijual. Jika berlebihan kandungannya, petani terpaksa membuang sahaja hasil pertanian mereka.

“Selalunya ketika kita membeli, Aspergillus tidak nampak tetapi tiba-tiba kita balik rumah perap cili dalam almari dan apabila hendak memasak tengok ia sudah berkembang biak. Masa gunting berhabuk teruk. Ia mungkin disebabkan keadaan tempat menyimpannya sangat kondusif seperti lembap, gelap, sunyi dan suhu sekeliling yang sesuai,” jelasnya.

Guru tutor dan usahawan ini turut menasihatkan para wanita dan pengendali makanan agar tidak terlalu sayangkan cili kering berkulat kerana kedegilan untuk menggunakannya boleh memudaratkan kesihatan.

Baca juga: Tetap bahaya makan ‘bahagian bersih’ roti yang sudah berkulat

Baca juga: Ini petua simpan lengkuas supaya tahan lama. Berbulan-bulan tak rosak, mudah & jimat!

“Apabila cili kering berkulat, ia sudah pasti melebihi had selamat iaitu 20 microgram/kg malah 100 hingga 1000 kali lebih tinggi daripada dos asal. So apa yang perlu dibuat kalau cilinya macam tu?

“Buanglah adik kakak, jangan sayang sangat kerana kesihatan lebih penting. Tidak kena kanser sekarang belum tentu ia tidak mengalaminya nanti. Lagipun kanser bukanya kita makan karsinogen hari ni, esok terus kena kan?” katanya.

Berikut adalah fakta yang anda perlu tahu dan ingat sebelum rasa sayangnya untuk membuang cili kering berkulat:

1-Pemakanan cili yang tercemar dengan aflatoksin di kawasan pengeluar cili besar iaitu Bolivia, Chile dan Peru dikaitkan dengan kanser hempedu.

2-Keimunan badan jadi lemah dan senang dijangkiti penyakit.

Iklan

3- Pertumbuhan dan perkembangan terbantut bagi kanak-kanak.

4- Boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan hati, sirosis yang diikuti dengan kematian.

Baca juga: 2 tahun sakit misteri, rawatan & ubat tak berkesan, wanita tak sangka kulat toksik hitam belakang almari jadi penyebab

Baca juga: Bahaya makan ubi kentang tumbuh tunas, ini cara simpan kentang supaya tahan lama

TIP SIMPAN CILI KERING ELAK BERKULAT

Cara mudah buang biji cili kering, tak perlu proses yang susah!

Jika anda pembeli beli cili jenis bulat gunakan kaedah di bawah untuk mengelakkan ia berkulat:

1- Belah cili secara memanjang dan jemur cili kering di bawah matahari sehingga kering garing dan simpan dalam bekas kedap udara. Anda boleh meletakkan Boleh letak
bahan pengering (desiccant).

Iklan

2-Simpan stok cili kering yang baru dibeli ke dalam peti ais atau freezer. Apabila hendak diguna baru keluarkan.

3- Beli cili kering dalam kuantiti kecil dan dan terus memasak.

4- Anda boleh memproses terus cili kering dan kemudian bekukan sebagai pes.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!