Anniversary ke-9, Elizad surprise suami dengan masakan. 'Masih berdua, bercinta. Doakan kami'

A
A
A

HAPPY anniversary buat pelakon Siti Elizad dan suami tercinta, Shamsul Baharin Abdul Rahman yang baharu menyambutnya pada pada 11 Januari lalu.

Biarpun usia perkahwinan sudah mencecah sembilan tahun, bekas penyampai radio Sinar FM itu mengakui masih bercinta dengan suaminya. Malah aktres tinggi lampai ini memilih untuk menghidangkan air tangan sendiri sempena hari istimewa itu.

"Suami pergi kerja, kita bersiap pergi kerja. Hari ulang tahun perkahwinan kesembilan, jadi plan untuk memasak sedap untuk you.

"Sebenarnya saya sudah tidak tahu apa lagi hendak hadiahkan, jadi kali ini kita sambut anniversary di rumah. Masak special untuk kita berdua, western," titip Elizad yang berkongsi video membeli bahan-bahan hingga memasak.

Menyambut kepulangan suami kesayangannya ketika hujan lebat dengan ucapan manis dan hidangan masakan barat menggambarkan betapa penyayangnya wanita berusia 39 tahun itu.

"11 Januari, selamat ulang tahun kesembilan sayang. Masih berdua, masih bercinta. Doakan kami ya.

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, satukanlah hati kami, baiki hubungan antara kami, tunjukkan kami jalan keselamatan dan kebahagiaan.

"Selamatkan kami daripada kegelapan kepada cahaya, kami reda dengan ujian-MU," titipnya pada kapsyen.

Baca juga: ‘Kalau ada rezeki nanti adalah,’ 2 kali gagal IVF, Siti Elizad reda soal zuriat

Baca juga: ‘Hensemnya Tuah, muka bonda sangat.’ Sisi keibuan Elizad terserlah ketika dukung anak Remy Ishak, warga maya tersentuh hati!

Tidak hanya itu, bait kata-kata Elizad menggambarkan kesyukurannya kerana dikurniakan suami yang baik, memahami dan mampu menerima kekurangan.

"Rumah kita tidak meriah macam orang lain, jadi saya abadikan video ulang tahun perkahwinan kita dan cuba meriahkan hidup you dengan masakan.

"Walaupun masih berdua, I tak rasa sunyi dengan adanya you, teman susah senang. Terima kasih sudi menerima kekurangan.

"Setiap ujian ALLAH berikan pasti ada hikmahnya, semakin ALLAH sayang kepada hamba-NYA maka semakin ujian.

"Terima kasih menjadi suami terbaik, tidak pernah bertanya soalan yang menyinggung hati dan tidak pernah marah.

"Ya TUHAN, janganlah ENGKAU biarkan aku hidup seorang diri dan ENGKAU sebaik-baik pewaris. Selamat ulang tahun kesembilan sayang, doakan kami," tulisnya.

Baca juga: 9 tahun tunggu zuriat, orang tak tahu struggle, Siti Elizad syukur keluarga tak pernah tanya pasal anak

Baca juga: “Susahnya nak dapat awak ni…” – Ramai doakan terbaik buat Siti Elizad

Baca juga: Baru berangkat pulang dari haji, Elizad terharu Raja Permaisuri Agong gosok perut, doakan rezeki hamil

Perkongsian video berkenaan mengusik hati warga maya yang turut menzahirkan doa buat pelakon filem Berlari Ke Langit dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang itu.

Kredit foto: Instagram elizadsharifuddin

- "Moga rezeki hari ini lebih banyak lebih hebat dari semalam. Dan rezeki hari ini melimpah ruah, aamiin."

- "Semoga ALLAH mengangkat doa saya dan menghadirkan malaikat kecil dalam rahim Elizad tak lama lagi, happiest anniversary sis."

- "Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa ja ma'a bayna kuma fi al-khayr”, Semoga ALLAH memberkati dan menyatukan both of u dalam segala kebaikan..aamin."

- "Happy anniversary Elizad dan suami, aamiin, semoga doa-doa di atas dimakbulkan."

- "Happy anniversary, semoga kekal bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan anak soleh solehah aaminn."

- "Happy anniversary you two. ALLAH sayangkan you all, suruh bercinta lagi lama-lama. Semoga ada berita gembira untuk kalian kelak."

Untuk rekod, Elizad dan suami mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2014. November lalu, beliau mendedahkan melalui prosedur kesuburan in-vitro fertilisation (IVF) sebanyak dua kali iaitu pada Februari 2020 dan Mac 2023 untuk mendapatkan cahaya mata namun berakhir dengan kegagalan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca