Arieff Yoong lamar kekasih dalam pawagam, wanita dari Sepanyol jadi pilihan

A
A
A

PEMPENGARUH dan penyampai radio Fly FM Arieff Yoong selamat melamar kekasih hati, Sylvia Good. Popular dengan video humor, influencer berusia 28 tahun itu memilih gadis dari Sepanyol sebagai pasangan hidup.

Berkongsi video momen bermakna, Arieff berkata beliau mengambil masa seminggu untuk merancang.

"10 Februari 2024 saya bertunang dengan cinta seumur hidup saya.

"Saya mengambil masa kira-kira seminggu untuk merancang dan memulakannya mendapatkan cincin.

"Kemudian saya mencipta video pra-lamaran untuk dimainkan di pawagam yang saya sewa hanya untuk majlis ini. Ia adalah hari Sabtu jadi saya memberitahu untuk berpakaian sesuai kerana saya telah merancang aktiviti kami untuk hari itu dan salah satunya adalah pergi ke pawagam," kongsi Arieff.

Baca juga: Sweetnya Nabila Razali dilamar kekasih, berikut 5 info menarik Nik Iruwan

Baca juga: Sambut ulang tahun perkahwinan ke-12, Elyana buka rahsia, lamar suami sebab mahu kahwin awal

Rupa-rupanya lamaran itu adalah kejutan buat Sylvia. Video berdurasi 4 minit 8 saat berkenaan mendedahkan Sylvia sebak sehingga mengalirkan air mata.

"Apabila kami sampai di pawagam, semuanya telah dipasang dan berada di tempat termasuk cameraman serta kawan rapatnya.

"Ketika treler filem dimainkan saya meminta diri untuk pergi ke tandas walhal saya beratur dengan juruteknik untuk memainkan video. Selepas video pra-lamaran selesai ditayangkan, saya pun masuk ke dalam pawagam dan mengemukakan soalan," titip Arieff.

Dalam pada itu, Arieff atau nama sebenar, Arieff Efenddy Yong menyatakan cintanya kepada Sylvia yang sudah lama dikenalinya.

Pasangan itu mulai menjalin hubungan sejak April 2022 dan sering menghasilkan kandungan media sosial bersama-sama. Malah Ariff tidak pernah berselindung tentang hubungan cinta bersama teman wanita itu dan tidak sabar untuk berkongsi hidup.

Baca juga: Lamaran pemuda Arab, doktor wanita terima mas kahwin RM300,000

Baca juga: Pelajar lamar guru, beza 10 tahun bukan halangan

Kepada @sylviagood saya sangat mencintai kamu sayang. Tidak sabar untuk menghabiskan sisa hidup bersama," titipnya.

Terdahulu, Arieff menyatakan akan ke Sepanyol dalam masa terdekat untuk memohon restu orang tua Sylvia sebelum berkahwin.

Warga maya teruja lamaran Arieff kepada Sylvia dan berharap hubungan pasangan itu membawa ke jenjang pelamin. Ujar mereka:

- "I’m crying. Need a longer video please, congratulations you two."

- "Getting parents' blessing before the proposal. That is so sweet."

- "Aww, congrats lovebirds!"

- "Tahniah Ariff dan Sylvia. Semoga selamat membina masjid dan sama sama membimbing Sylvia ke Jannah."

Terdahulu, Arieff menjadi pencipta kandungan sebagai selepas kehilangan pekerjaan sebagai pramugara pada 2020 akibat pandemik Covid-19.

Enam bulan saya menganggur mula memuat naik pelbagai video memaparkan aktiviti yang dilakukan, tetapi dialognya tetap ada loghat British.

Video humor yang dihasilkannya berubah menjadi pintu rezeki. Sejak itu, rezeki jejaka yang berasal dari Kulai, Johor ini. mencurah-curah hingga menerima permintaan daripada syarikat besar untuk menjalinkan kerjasama.

Baca juga: Lamaran siaran langsung dikritik, ‘Cuma nak menghalalkan…’ – Kamal Adli

Baca juga: [VIDEO]Pemuda bentang ‘PowerPoint’ depan bakal mentua lamar kekasih curi tumpuan

Sumber: arieffyong

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca