“Awak akan selamanya dihati saya,” BCL sambut ulang tahun perkahwinan di pusara Ashraf Sinclair
HARI ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang cukup indah buat setiap pasangan suami isteri. Namun berbeza bagi selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari. Balu kepada aktor Malaysia Allahyarham Ashraf Sinclair ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 di pusara yang terletak di San Diego Hill, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Menerusi perkongsian Bunga Citra Lestari atau BCL di Instagram, beliau dilihat hadir ke pusara Ashraf dengan membawa bunga untuk ditabur di pusara bagi memperingati ulang tahun perkahwinan mereka.
Baca juga: Anak BCL pimpin bacaan Yasin di pusara Ashraf Sinclair jadi perhatian, ibu tidak henti titip doa
“Empat tahun yang lalu, kita berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Hari ini, walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan saya juga berbeza di sini, tapi awak akan selamanya dihati saya. Selamat hari ulang tahun perkahwinan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian sebelum ini, kelihatan BCL bersama kedua ibu bapa arwah Ashraf. Mereka menziarahi pusara aktor tersebut sempena hari lahir arwah yang ke-43.
Ibu Ashraf, Khadijah Abdul Rahman juga ada berkongsi dilaman Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur kerana menantunya ada bersama.
Baca juga: Jiwamu akan selalu ada bersama kami - BCL
Satu perkara yang amat dipuji tentang BCL ialah tentang hubungan baiknya bersama keluarga Ashraf. Jelas terpapar keakraban antara mereka.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat BCL memberikan ucap selamat sempena ulang tahun perkahwinannya bersama arwah Ashraf. Berikut antara komen daripada warga maya. Ujar mereka:
- "Al-Fatihah. Selamat ulang tahun perkahwinan.
- "Al-Fatihah. Semoga terus tabah.
- "Seperti lirik lagunya, "Jika ada yang bilang ku tak setia, jangan kau dengar... Tuhan yang tau kucinta kau..."
- "Semoga jodoh dunia akhirat kalian.
- "Cinta BCL buat Ashraf luar biasa.
- "Rindu yang tak akan pernah habis.
- "Semangat selalu wanita hebat.
Penyanyi lagu ‘Wanita Terbahagia’ ini telah melangsungkan perkahwinannya dengan Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair pada 8 November 2008.
Hasil perkongsian hidup pasangan romantis ini, mereka telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang lahir pada 22 September 2010.
Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung ketika tidur selepas tidak sedarkan diri ketika dikejutkan.
Baca juga: (VIDEO) 12 Tahun Terindah Single baharu BCL undang air mata
Sumber: Bunga Citra Lestari, Khadijah Abdul Rahman
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang