AKTOR Daler Yusuf menjadi perhatian susulan pendedahan mengenai status perkahwinannya. Baharu berusia 31 tahun, pelakon kacak itu rupa-rupanya sudah bergelar bapa kepada dua cahaya mata.

Pemilik nama sebenar, Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini berkongsi foto bersama isterinya, Sakinah Burikul dan cetakan imbasan kandungan.

Perkongsian tersebut nyata mengejutkan ramai. Bukan sahaja mendedahkan kandungan suri hati itu sudah lima bulan, malah pasangan itu juga sudah memiliki  dua cahaya mata yang berusia sembilan dan tujuh tahun.

Pelakon yang terlebih dulu mencipta nama dalam bidang peragaan itu turut mendedahkan bakal menyambut anak lelaki dan meminta cadangan nama bayi bakal lahir.

“Been 10 years Alhamdulillah. So many ups and downs but we never gave up.

“It’s the happiest moment to listen heart beats of our little one! Syukur Alhamdulillah! Tolong doakan untuk kami guys.

“Please, suggest baby boy names,” ujarnya.

Baca juga: Sudah 10 tahun Daler Yusuf sambut raya di Malaysia

Baca juga: Bapa Daler Yusof meninggal dunia akibat Covid-19

Baca juga: [VIDEO]Persediaan untuk bapa muda, Ustaz Don tunjuk cara tahnik bayi

Disangka masih bujang kerana tidak pernah berkongsi apa-apa tentang isteri dan anak-anakdi laman sosial, aktor itu menjelaskan beliau diijabkabulkan sejak 10 tahun yang lalu di Uzbekistan ketika masih bergelar pelajar dan belum masuk industri hiburan lagi.

 

Pelakon drama Tuan Anas Mikael itu juga mendedahkan tidak berkongsi mengenai perkahwinan kerana status hubungan beliau dan isteri tidak stabil dan sering bergaduh sehingga tidak duduk sebumbung.

Baca juga: ‘Sabar, tak terdedah socmed’  Andaian ramai perkahwinan orang zaman dahulu bertahan & bahagia

Iklan

Baca juga: Kahwin dalam usia muda bukan perkara mudah – Erynne Erynna

Baca juga: Model kacak kini peguam, kejayaan Aniq Aqil kebanggaan bapa, Dr A. Razak Mohaideen

Hikmah pandemik Covid-19, beliau dan isteri terperangkap di Malaysia sekali gus menyebabkan mereka berbaik sehingga sekarang.

Dilahirkan di Dushanbe, Tajikistan, Daler yang memiliki kelulusan dalam bidang Pengurusan Perniagaan terdahulu memulakan kerjaya sebagai model sambilan sejak berusia 19 tahun.

Iklan

Berbekalkan bakat dan wajah yang tampan, Daler menghiasi iklan-iklan jenama antarabangsa seperti Samsung dan Baskin-Robbins.

Sumber: Utusan, Instagram Daler Yusuf

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!