Bangunan SMK Clifford hanya nampak bumbung, ini titipan Tokti

Bangunan SMK Clifford hanya nampak bumbung, ini titipan Tokti
Bangunan SMK Clifford hanya nampak bumbung, ini titipan Tokti
A
A
A

"BANGUNAN kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya."

Begitulah perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau dikenali Tokti di laman Instagram miliknya hari ini.

Katanya, beliau kini hanya mampu menitipkan doa untuk mangsa di sana kerana keadaan dirinya sekarang.

"Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi

membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir. Ada ni akaun di bawah.

"Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir," tulisnya.

Baca juga Harris Alif, Intan Ladyana nikah 6 Februari, terima tajaan lebih RM15 juta

Sementara itu, PA Tokti, Rozi atau dipanggil mesra Rozi Sang Dewi turut berkongsi keadaan banjir di SMK Clifford.

"Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khazanah-khazanah tahun

bertahun, sejarah yang tak mungkin ada galang ganti, hampir tenggelam sepenuhnya.

"Bangunan sekolah, asrama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja.

"Hari ini, sebagai Naib Yang DiPertua, alumni LOCA atau Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford, Lipis, Pahang, saya mengalu-alukan jasa baik dan sumbangan kalian dalam bentuk kewangan (kecemasan).

Akaun Maybank LOCA: 556114503768

"Dan sumbangan lainnya pada hari gotong-royong pembersihan nanti seperti tenaga sukarela, waterjet, makanan, minuman dan sebagainya. Saya akan maklumkan lebih formal selepas ini.

"Moga Allah memudahkan usaha ini," mohonnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca