PELAKON, Noorkhiriah Ahmad Shapie melahirkan rasa terkejut namun reda apabila van jenazah pertama yang digunakan oleh Pertubuhan Amal Nur by Khiriah terbakar.

Beliau ketika dihubungi SinarPlus memaklumkan, kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan punca sebenar masih belum diketahui.

“Ketika insiden tersebut terjadi, saya dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak masuk asrama di Pulau Pinang.

“Saya mohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan.

“Ia banyak menolong orang, saya sayang van ini. Lepas itu, ia sumbangan orang ramai kiranya,” katanya yang tidak dapat menahan kesedihan.

Insiden yang direkodkan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan dipercayai berlaku di kawasan perumahan Nusa Suria Alam Suria, Puncak Alam.

Sementara itu, dalam kenyataan di Instagram Pertubuhan Amal Nur by Khiriah menyatakan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu mengalami kerosakan teruk di bahagian enjin.

“Ia mula digunakan dari 2019 hingga 2024, itulah usia lima tahun Black Starex kami.

“Malam tadi dimaklumkan oleh jiran van jenazah kami terbakar, api berjaya dipadamkan tetapi ‘engine bay’ hangus rentung,” ujarnya.

Baca juga:Cara buat sambal belacan ala kedai tomyam. Sedap tak terkata, mudah & tahan lama
Katanya lagi, selama ia berkhidmat kira-kira 100 orang jenazah setiap tahun dapat diuruskan dan dihantar pulang ke destinasi terakhir.

“Selamat berehat sahabatku, WVD414. Terima kasih kepada kejiranan yang menjadi hero pertama melaporkan kejadian termasuk pihak Balai Bomba Bestari Jaya dan Unit Peronda Polis Sungai Buloh pantas tiba di lokasi kebakaran.

“Semoga dengan ujian ini, tidak memutuskan niat untuk terus membantu ummah,” katanya.

Iklan

Baca juga: Inginkan asap sebagai latar belakang gambar ‘pra-wedding’ bawa padah, Gunung Bromo di Indonesia terbakar 50 hektar

Menerusi Instagram Noorkhiriah turut memuat naik video kebakaran tersebut dan berkata, beliau menerima segala yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

“Barangkali Allah nak ganti dengan yang lebih baik…Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.. Apa yang kita sayang itulah yang ALLAH ambil…

“Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dan tak ada jenazah masa kejadian.. ALLAH dah susun cantik #kunfayakun. .Sumbangan kalian tetap berjalan dengan van jenazah yang lain,” katanya.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!