ADALAH menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya.

Biasanya, nama-nama yang mempunyai makna yang indah dan unik menjadi pilihan hati.

Begitu juga dengan penyanyi popular kesayangan ramai, Tok Ti atau Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ini.

Tok Ti yang baharu sahaja melahirkan anak kedua yang juga bayi lelaki pada awal pagi Isnin bersamaan dengan 7 Ramadan 1442 Hijrah lalu berkongsi nama pilihan hati di Facebook miliknya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini, 26 April 2021 bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia tujuh hari.

“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

Artikel berkaitan: “Salah itu datangnya daripada kami” – Asyraf, Tya mohon maaf pada Tok Ti

“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami.

“Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan,” tulisnya.

Iklan

Tok Ti turut mengatakan perkataan Afwa juga terdapat di dalam doa.

“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.

“Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa yang saya muat naik di atas.

“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah S.W.T. dan kita semua juga di dalam lindunganNya,” doa beliau.

Artikel berkaitan: ‘Terima kasih di atas doa semua…’ – Jalani rutin berpantang, Siti Nurhaliza fokus pada anak dan kesihatan

Iklan

Terdahulu, Tok Ti menamatkan zaman bujangnya bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan dikurniakan dua cahaya mata pada iaitu Siti Aafiyah (3 tahun) dan Muhammad Afwa (tujuh hari).

Comelnya!