Berat badan naik selepas bersalin, Uyaina Arshad tidak melatah ditegur peminat, jawab dengan berhemah

A
A
A

MASALAH utama wanita selepas bersalin ialah untuk menurunkan berat badan. Situasi itu tidak terkecuali dialami oleh pengacara dan pelakon popular, Uyaina Arshad yang baharu melahirkan anak sulungnya pada 8 September lalu menerusi pembedahan.

Ketika Uyaina mengadakan sesi soal jawab bersama para pengikut dilaman Instagram di ruangan ‘Ask Me Question’ salah satu soalan diterima oleh pemilik nama asal Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini ialah mengenai perubahan bentuk badannya.

Baca juga: ‘Raja Urhan…’ – Uyaina kongsi maksud nama anak

“Lepas bersalin ni, badan makin berisi… maaf ye Uyaina,” tanya pengikut tersebut.

Uyaina sendiri mengaku berat badannya naik selepas bersalin anak sulung.

“Paling menyedihkan, ini adalah benar. Selepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam sedang mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” tulis Uyaina.

Jelas Uyaina, sekarang sudah dua bulan selepas beliau bersalin. Akui Uyaina agak mencabar juga fasa untuk menurunkan berat badan. Walaupun jaga makan namun penurunan berat badan agak perlahan.

“Mungkin saya bersalin melalui kaedah pembedahan jadi proses menurunkan berat badan agak lambat sedikit berbanding bersalin normal. Hendak kecilkan inci badan pun mengambil masa.

“Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menurunkan berat badan, tidak mengapa. Biarlah proses ini berlaku secara perlahan-lahan,” kata Uyaina.

Baca juga: Serangan jantung punca abang Uyaina meninggal dunia, pesan golongan muda buat pemeriksaan

Untuk rekod, Uyaina telah mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Raja Urhan.

SERBA SEDIKIT INFO TENTANG UYAINA ARSHAD:

- Lahir pada 16 November 1992.

- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya, Uyaina tidak pernah menyangka yang dia akan terlibat dalam dunia penyiaran dan lakonan.

- Memulakan kerjaya awal dalam industri hiburan sebagai pelakon teater.

- Uyaina telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3, platform yang telah membawa Uyaina ke pentas pengacaraan.

- Pengacara rancangan Nona dari 2016 hingga 2017.

- Hos program Wanita Hari Ini (WHI), rancangan bual bicara wanita yang disiarkan di TV3 sejak dari tahun 2017 hinggalah ke hari ini.

- Juara Puteri Muslimah Asia 2018.

- Bakat Uyaina dalam bidang lakonan bermula dengan menjayakan watak Maryam dalam drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah.

Baca juga: “Hari lahir Ummi diiringi pemergian anak sulungnya.” – Abang Uyaina meninggal dunia

Sumber: Uyaina Arshad

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca