PEMERGIAN penyanyi Siti Sarah Isnin lalu masih segar dalam ingatan.

Allahyarham Siti Sarah, 36 meninggal dunia selepas berjuang melawan jangkitan Covid-19, hanya tiga hari selepas melahirkan cahaya mata keempat, Ayash Affan.

Suaminya, Shuib atau Shahmira Muhammad, 36 berkongsi video nyanyian terakhir Siti Sarah yang seolah-olah memberikan isyarat akan pergi buat selama-lamanya.

Pelawak, pelakon, pengacara dan bekas penyampai radio itu memuat naik video yang dirakamkan pada 28 Julai 2021 lalu pada saluran Youtube miliknya kerana bimbang ia akan hilang daripada simpanan.

Shuib mendedahkan, perubahan pada Allahyarham dapat dilihatnya semasa merekodkan video tersebut.

“Arwah yang beria-ia minta saya record dia menyanyi.

“Ternyata semasa saya record video ini, saya merasakan “satu perasaan yang sangat-sangat lain.”

“Cara pandangannya, cara nyanyiannya, cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat istimewa,” tulis Shuib pada ruangan komen.

Baca juga Bangun Awal, Bersedekah Antara 5 Amalan Siti Sarah, Perolehi Kematian Dicemburui Ramai

Shuib dalam masa yang sama mengakui ada sesuatu yang cuba disampaikan Siti Sarah dalam nyanyiannya. Malah katanya, jika diamati bait lirik, ternyata ada ‘sesuatu’ arwah cuba sampaikan.

Malah sesiapa yang mendengarnya juga mengerti seolah-olah Siti Sarah ingin petanda akan kembali ke negeri abadi.

Video berdurasi 3 minit 16 saat itu dirakam Shuib 13 hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir semasa ditidurkan.

Selain itu, Shuib turut meminta agar para peminat terus mendoakan Allahyarham.

“Insya-ALLAH arwah kini tenang di syurga. Teruskan lah mendoakan arwah.

“Jika rindu, sedekahkan Al-Fatihah buatnya. Semoga kita dapat kebaikan dunia dan akhirat. Aamiin,” titip Shuib.

Video yang dimuatnaik pada jam 2.00 pagi tadi telah ditonton lebih 200,000 kali.

Pada ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan perasaan mereka selepas mendengar lagu berkenaan.

Iklan

Baca juga Auranya Sampai Ke Makkah, Solat Jenazah Ghaib Di Masjidil Haram, Pemergian Siti Sarah Dicemburui

“Dimana letak syurga itu biarku gantikan tempatmu denganku,” Arwah gantikan tempat Ayash Affan di syurga SUBHANALLAH.”

“Kematian tidak mengakhiri cinta” Al-Fatihah untukmuMmemang syurga milikmu Kak Sarah.”

“Al-Fatihah. Cukup mendalam lagu ini. Kuat shuib untuk anak-anak.”

Baca juga Siti Sarah ‘Pergi’ Setelah 65 Jam Ditidurkan, Berikut Kronologi Kehamilan Dan Jangkitan Covid-19 Dilaluinya

Iklan

Malah ramai juga mendoakan Shuib agar terus kuat untuk menguruskan keluarga dan menempuhi hari-hari mendatang.

“Semoga sentiasa tabah dalam membesarkan anak-anak , semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.”

“Terus kuat bang. Arwah sudah berada di syurga menanti abang dan anak-anak.”

“Arwah ada dengan abang dan anak-anak. Abang kena kuatkan diri untuk anak-anak.”

Lagu ‘Tanpa Kekasihku’ nyanyian Agnez Mo adalah hasil garapan lirik Dewiq dan diterbitkan oleh produser Erwin Gutawa. Ia telah dimuatkan dalam album kedua Agnez, Whaddup A.. ‘?! pada tahun 2005.