Bintang baharu, Adami Hairi sedia keluar single baharu. Simpan hasrat mahu sertai Big Stage

A
A
A

RENTAK kerjaya yang bergerak perlahan tidak membuatkan Adami Hairi berasa mengalah, jauh sekali untuk berputus asa.

Minatya terhadap dunia nyanyian sejak kecil tidak disia-siakan. Buktinya Adami gigih menyertai beberapa pertandingan nyanyian demi merealisasikan hasratnya itu.

Percubaan anak jati Jasin, Melaka itu berjaya membuahkan hasil selepas menyertai Pertandingan Radio Klasik RTM pada 2017. Meskipun tidak berpeluang membawa pulang trofi, beliau bagaimanapun ditawarkan untuk merakamkan single pertama.

 

Baca juga: Laluan berliku Kay Khydir dekati peminat dengan Tik Tok

Baca juga: Cabar diri Vanessa Reynauld keluar dari zon selesa

 

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, hasrat Adami akhirnya terlaksana. Single pertama bertajuk Forte yang dihasilkan sepenuhnya oleh Rosli Ahmad pada tahun 2018.

Jika berkesempatan Adami rancang hasilkan single ketiga dalam tempoh masa terdekat.

Kehadiran Forte lantas membuatkan beliau cekalkan hati untuk tidak lagi menoleh ke belakang. Penyanyi berusia 31 tahun itu juga optimis usahanya akan berhasil meskipun perlu mengambil masa.

"Sambutan positif daripada pendengar membuatkan saya tampil dengan lagu kedua, Legato sekitar tahun 2020.

"Sekali lagi saya menggunakan khidmat Rosli Ahmad sepenuh. Kami masih mengekalkan elemen gabungan muzik pop dan R&B untuk kedua-dua buah lagu," kata pemilik nama lengkap Mohamad Hairi Md Isa.

Berasa selesa dengan lingkungan rentak tersebut, Adami bagaimanapun tidak menolak untuk mempertaruhkan gaya baharu untuk single akan datang.

Tidak dinafikan, kedua-dua lagu tersebut dihasilkan demi memenuhi kehendak semasa yang menggemari ritma rancak.

"Perancangan untuk menghasilkan lagu baharu itu ada, tetapi segalanya masih terlalu awal untuk diperkatakan. Bahkan, keadaan semasa juga tidak mengizinkan lebih-lagi virus Covid-19 yang belum reda.

"Saya juga ada menyimpan hasrat untuk menyanyikan lagu balada atau genre berbeza berbanding dua lagu sebelum ini," ujar beliau kepada SinarPlus.

Selain membicarakan tentang perancangan single baharu, Adami turut menyimpan hasrat untuk menyertai program nyanyian Big Stage.

Pastinya rancangan televisyen terbitan Astro dapat membuka ruang buat bintang baharu mencipta nama agar lebih dikenali sekali gus mendapat tempat selesa dalam industri.

Meskipun begitu, beliau mengakui tugasnya yang berkhidmat dalam sektor kerajaan memperuntukkan dirinya bijak membahagi masa.

"Sekiranya diberi peluang tidak salah untuk mencuba kerana saya sendiri sebelum ini telah banyak menyertai pertandingan nyanyian. Sudah pastinya perkara itu menjadi satu penghormatan dan akan lakukan sehabis baik," tuturnya yang berkhidmat di Pejabat Kesihatan Daerah Jasin Unit kawalan penyakit (Unit Vektor).

Pada masa sama, selebriti berkenaan turut aktif memenuhi undangan persembahan nyanyian seperti Konsert Ulung Pancaragam Kombo TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) dan majlis perkahwinan.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca