BLACKPINK, sebuah kumpulan penyanyi perempuan Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment diminati ramai di pelusuk dunia.

Kini kumpulan K-pop ternama itu mencipta sejarah dengan mempunyai ‘subscriber’ paling ramai di YouTube, hanya mengambil masa lebih enam tahun dan dua bulan untuk mencapai sasaran itu.

BLACKPINK dilapor berjaya mencatat lebih 80 juta ‘subscriber’ di saluran YouTube rasmi kumpulan itu, menjadikan mereka artis pertama yang mencapai kejayaan tersebut.

Kumpulan itu mula membuka saluran YouTube mereka pada 28 Jun 2016.

Memang sesuailah kumpulan BLACKPINK mempunyai ramai pengikut, ini tujuh fakta menarik mengenai kumpulan sensasi K-pop berkenaan;

1. Maksud BLACKPINK

BLACKPINK membawa maksud yang lebih mendalam daripada sekadar bermaksud penyatuan dua warna yang mempunyai perbezaan yang ketara.

Menurut wakil YG Entertainment, BLACKPINK merupakan percubaan untuk bercanggahan dengan persepsi umum terhadap warna merah jambu, seperti tanggapan bahawa warna tersebut hanya membawa maksud cantik.

Sebaliknya, BLACKPINK bermaksud kecantikan bukannya segala-galanya. Nama unik tersebut juga bukan sahaja melambangkan kecantikan malah juga bakat mereka.

Baca juga Michael Learns To Rock hiburkan peminat di Malaysia 22 Oktober depan

2. Mempunyai empat ahli dan dua daripada mereka bukan berasal dari Korea Selatan

JISOO

Nama sebenar: Kim Ji Soo (nama timangan: Jichu, Chi Choo)
Peranan: Penyanyi vokal utama

Jisoo merupakan visual kumpulan atau yang paling cantik dalam BLACKPINK.

Penyanyi vokal utama ini, 24, dilahirkan di Seoul yang merupakan pelatih selama lima tahun dan merupakan ahli ketiga yang diumumkan sebelum debut dengan BLACKPINK.

Anggota yang paling tua dalam kumpulan tersebut boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu dalam bahasa Korea, Jepun dan Cina.

Jisoo pernah menjadi model dalam iklan syarikat bagasi Samsonite Red bersama pelakon popular, Lee Min Ho.

Menurut anggotanya, Jennie, beliau malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun memahami bahasa tersebut.

Jisoo suka mengumpul barangan yang berkaitan dengan ‘Pikachu’ dan suka mencuba pelbagai jenis makanan.

JENNIE

Nama sebenar: Kim Jennie (nama timangan: Jendeukie)
Peranan: ‘Rapper’ utama, penyanyi vokalis

Jennie merupakan ‘rapper’ BLACKPINK yang berusia 23 tahun dan merupakan ahli pertama yang diumumkan sebagai ahli kumpulan tersebut.

Jennie di Anyang iaitu di pinggir bandar Seoul dan dibesarkan di Auckland, New Zealand buat lima tahun sebelum kembali ke Seoul untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

Beliau boleh bertutur dalam bahasa Korea, Jepun dan Inggeris dan digelar sebagai ‘YG Princess’ dan juga ‘Human Gucci’ atau ‘Human Chanel’ kerana mempunyai citarasa yang tinggi dalam fesyen.

Beliau juga mengeluarkan lagu solo pada tahun lalu yang berjudul “SOLO”.

Dalam pada itu, beliau juga membuat penampilan di beberapa muzik video rakan selabel dengannya termasuk muzik video anggota Big Bang, “That XX”.

Pada Januari lalu, Jennie dilaporkan sah bercinta dengan anggota kumpulan EXO, Kai.

Bagaimanapun, jodoh kedua-dua bintang Korea Selatan tersebut tidak berkekalan apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah selepas empat bulan bercinta.

Jika Jisoo merupakan seorang ‘foodie’, Jennie pula gemar memasak.

Walaupun dikenali sebagai ikon fesyen dan seorang ‘badass’ di pentas, Jennie suka menggunakan aegyo (berperangai comel) dan mempunyai personaliti yang ceria.

Sebagai seorang penggemar anjing, beliau mempunyai dua ekor anjing peliharaan iaitu seekor ‘crocker spaniel’ putih yang bernama Kai dan seekor ‘pomeranian’ coklat yang bernama Kuma.

ROSÉ

Nama sebenar: Park Chae Young (nama timangan: Pasta, Rose, Rosie)
Peranan: Penyanyi vokalis, penari utama

Penyanyi vokalis BLACKPINK ini dilahirkan di Auckland, New Zealand dan pernah menjadi ‘cheerleader’ sebelum membuat debut dengan BLACKPINK.

Mempunyai suara yang lembut dan boleh bermain piano serta gutar menjadikannya anggota yang sangat unik.

Tahukah anda, Rosé lebih suka dipanggil nama sebenarnya berbanding dengan nama timangannya dan beliau dilahirkan dengan kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kidal.

Beliau juga pernah berduet dengan rakan selabelnya, G Dragon daripada kumpulan Big Bang dalam lagu ‘Without You’.

LISA

Nama sebenar: Lalisa/Pranpriya Manoban (nama timangan: Lalice, Laliz)
Peranan: Penari utama, ‘Rapper’ utama, vokalis

Lisa merupakan maknae (anggota paling muda) dalam kumpulan ini dan bukan warganegara tempatan.

Lisa dilahirkan di Bangkok, Thailand dan kemudian berpindah ke Korea Selatan.

Fasih berbahasa Korea, Inggeris, Jepun, Thailand dan Cina, Lisa merupakan anggota kedua yang diumumkan sebelum membuat debut.

Lisa yang dilahirkan sebagai Pranpriya Manoban tetapi namanya ditukarkan kepada Lalisa berikutan sesi ‘fortune telling’ dan sejak itu, beliau dikenali sebagai Lisa.

Selain itu, Lisa juga pernah membuat penampilan dalam ‘Ringa Linga’ iaitu muzik video rakan selabelny, Taeyang daripada kumpulan Big Bang.

Maknae ini juga merupakan kawan ahli kumpulan GOT7, Bambam kerana pernah menganggotai kru tarian yang sama iaitu ‘We Zaa Cool’.

3. Nama fandom: BLINKs

Iklan

Peminat BLACKPINK dikenali sebagai Blinks, istilah yang digunakan Jennie dalam mesej hari jadinya di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kasih sayang dan sokonganan berterusan mereka.

Ia adalah penggabungan dua perkataan iaitu ‘black’ dan ‘pink’.

‘BL’ daripada perkataan BLACK + ‘INK’ daripada perkataan PINK = BLINK.

Jika anda ingin menjadi Blink, jangan lupa ‘lightstick’ rasmi atau ‘Bbyong Bong’ anda!

4. Satu-satunya ‘girl group’ dari YG Entertainment

YG Entertainment merupakan antara agensi K-pop terbesar di Korea Selatan. Kumpulan daripada pelbagai genre dihasilkan oleh agensi ini.

2NE1 merupakan kumpulan perempuan terkenal yang membuat debut di bawah agensi ini pada 2009.

Bagaimanapun, kumpulan ini dibubarkan pada 2016.

Apabila BLACKPINK membuat debut pada Ogos 2016, ia membuatkan kumpulan itu satu-satunya ‘girl group’ daripada YG Entertainment.

5. Mempunyai rancangan realiti mereka yang tersendiri

Kuartet ini mempunyai rancangan realiti mereka yang sendiri yang bertajuk ‘BLACKPINK House’.

Rancangan yang mempunyai 12 episod itu menunjukkan percutian mereka di rumah ‘Pink Princess’ semasa sambutan ulang tahun BLACKPINK.

Siri tersebut menampilkan sisi semua anggota di sebalik tabir yang sebenarnya feminin dan lucu iaitu berlainan dengan penampilan mereka ketika membuat persembahan.

6. ‘Girl group’ yang mempunyai subscriber YouTube terbanyak di dunia

Selain merupakan kumpulan yang melanggar stereotaip dan norma sosial, BLACKPINK mempunyai subscriber terbanyak di YouTube.

Iklan

Mereka mengalahkan kumpulan ‘Fifty Harmony’ dan juga ‘Little Mix’ di peringkat antarabangsa.

Muzik video mereka ‘Ddu-du-ddu-du” juga memecah rekod yang dipegang muzik video DNA oleh kumpulan K-pop ‘boy band’ BTS dengan memperolehi 674.4 juta tontonan setakat 21 Februari 2019.

Tidak dilupakan juga kolaborasi mereka bersama-sama penyanyi jelita British, Dua Lipa yang berjudul ‘Kiss and Make Up’.

Lagu tersebut menduduki tangga ke-36 pada ‘Official Singles Chart’ apabila dikeluarkan sekali gus menjadikan BLACKPINK kumpulak K-pop wanita pertama untuk memasuki carta UK top 40.

Baca juga Kakak kandung Kris Dayanti, Yuni Shara kekal jelita usia 50 tahun, ini rahsianya

7. Lagu BLACKPINK yang anda perlu dengar!

BLACKPINK membuat debut pada 2016 dengan lagu ‘Boombayah’ yang tempo lagunya amat pantas.

Lagu dan visual muzik video tersebut yang dinamik bertujuan untuk memperkenalkan setiap ahli dan personaliti mereka yang unik.

‘Whistle’ merupakan lagu yang mempunyai ritma yang lebih perlahan dan ‘seksi’ dengan bunyi wisel yang menjadikan lagu ini lain daripada yang lain.

Seterusnya, ‘As If It’s Your Last’ mempunyai genre pop yang biasa tetapi apabila dicampurkan dengan gerak tarian pada korus lagu berkenaan, ia menjadi lagu yang berirama manis.

‘Playing With Fire’ pula berkisahkan percintaan itu seolah-olah bermain dengan api.

Seperti biasa, lagu BLACKPINK diiringi visual yang menarik dan juga irama serta korus yang akan melekat di kepala anda sepanjang hari.

Sumber: Soompi.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.