Bukan dari keluarga senang, Yuna Rahim buka cerita di sebalik bisnes kecil dari rumah

PELAKON Yuna Rahim tampil berkongsi dirinya kini sedang memulakan perniagaan rempeyek kecil-kecilan sejak sebulan yang lalu.

Kongsi Yuna atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abdul Rahim, 28, bapanya banyak memberikan bantuan dan galakan untuk membuka perniagaan makanan itu.

“Saya fikir kalau tidak mulakan sekarang, bila lagi? Saya bukan datang daripada keluarga yang senang.

“Ayah saya banyak beri bantuan dan nasihat memandangkan dia seorang cef yang sudah terlibat dalam industri makanan sejak umurnya 18 tahun,” katanya.

Baca juga “Jumpa yang sama ‘cartoon’ dengan diri saya” – Yuna Rahim kini bergelar isteri

Bercerita mengenai proses awal peniagaan yang diusahakan di rumah, bintang ‘I Love You Mr Clown’ itu memilih rempeyek kerana ia merupakan snek tempatan yang enak untuk diketengahkan.

Kongsinya lagi, walaupun baru sebulan mengusahakan rempeyek, sambutan sangat menggalakkan dalam kalangan penggemar snek tersebut.

Baca juga ‘Lambat sangat tunggu dia ajak kahwin, meh saya yang melamar’, Elyana kongsi detik lamar suami

Iklan

“Resipi saya dapatkan daripada kawan. Saya sibuk ada penggambaran dia juga yang akan masakkkan tempahan rempeyek untuk saya.

“Lagipula orang tua suka rempeyek. Mereka yang akan banyak sokong saya,” tuturnya.

Sumber: Remaja

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!