SARAWAK bukan sahaja terkenal dengan keindahan flora faunanya.

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak juga turut terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang dihasilkan.

Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada daripada tenunan, jalian manik dan labuci.

Perhiasan diri daripada perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Alahai cantiknya! Begitulah kelihatan pelantun lagu Lelaki Teragung, Dayang Nurfaizah apabila memakai baju tradisional Melayu Sarawak ini.

Bagi pasangan Melayu Sarawak, lelaki akan berbaju Melayu Cekak Musang dan bersamping songket.

Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung di bahu.

Wanita Melayu Sarawak mengenakan Baju Kurung broked, sarung songket bunga tabur, selayah keringkam dan selempang songket.

Keringkam merupakan warisan jati wanita Melayu Sarawak yang menonjolkan keayuan dan kelembutan si pemakai menerusi keindahan seni tekat sulaman pada fabrik keringkam tersebut.

Cantiknya Dayang Nurfaizah pekena baju tradisional Melayu Sarawak, jadi perhatian warganet

Keringkam terdiri daripada selendang berukuran dua meter atau tudung kepala bersaiz kecil berukuran satu meter, kebiasaannya menggunakan kain kasa rubia berwarna terang seperti merah, ungu muda dan merah jambu bertujuan untuk menyerlahkan keanggunan wanita semasa berada di acara keramaian seperti majlis perkahwinan dan perayaan.

Pada zaman dahulu, pemakaiannya melambangkan status sosial wanita Melayu Sarawak daripada golongan bangsawan kerana harganya yang mahal namun selaras dengan peredaran masa, ianya kini turut dipakai oleh golongan biasa sebagai tanda menghargai warisan budaya asli tempatan.

Artikel bekaitan: Sharnaaz setuju nafkah anak RM1,200 sebulan

Seri kain keringkam terletak pada kehalusan seni sulaman dan motif corak yang ditekat menggunakan benang pita logam bersalut enas atau perak.

Pengusaha keringkam tempatan perlu mendapatkan benang emas dan perak ini menerusi pembekal dari luar negara seperti Singapura.

Kesukaran memperoleh bekalan benang dan penghasilannya yang agak sulit menjadikan keringkam produk khazanah bernilai tinggi di pasaran.

Harga tempahan sehelai mampu mencecah sehingga puluhan ribu ringgit Malaysia bergantung kepada sarat dan motif sulaman mengikut kehendak pelanggan.

Kerja penghasilan keringkam yang rumit serta memerlukan ketelitian tinggi adalah antara faktor ianya kurang diterokai oleh golongan anak muda masa kini.

Rata-rata warganet memuji kecantikan Dayang Nurfaizah apabila mengenakan pakaian tradisional itu.

Antara pakaian tradisional lain yang terdapat di Sarawak:

Orang Iban

Orang Iban adalah kaum yang paling utama di Sarawak. Pakaian Iban dipilih untuk dipakai bagi Ratu Pesta Menuai Sarawak.

Iklan

Bagi pakaian istiadat suku kaum Iban, lelaki akan memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik atau jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat daripada kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak.

Mereka juga mengenakan ikat kepala daripada kain tenun dan tali pinggang perak. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang.

Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Wanita juga memakai skirt atau bidang tenun Pua.

Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi dengan marek empang dari manik. Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali pinggang, rawai dan sudu tinggi.

Cantiknya Dayang Nurfaizah pekena baju tradisional Melayu Sarawak, jadi perhatian warganet

Orang Ulu

Wanita Orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat daripada baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng daripada tembaga
bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.

Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat satin serta perhiasan kepala daripada bulu kenyalang. Wanita menggayakan ta’ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dan naga.

Iklan

Orang Bidayuh

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah daripada tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

Cantiknya Dayang Nurfaizah pekena baju tradisional Melayu Sarawak, jadi perhatian warganet

Orang Melanau

Pakaian lelaki Melanau pula daripada satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa.

Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.

Sumber & Foto: UPIM BTP Sarawak