Cetusan romantis Yuka Kharisma dalam lagu

A
A
A

MOMEN indah ibarat foto yang diambil menerusi kamera, mahupun telefon bimbit.

Namun berbeza dengan penyanyi, penerbit dan komposer, Yuka Kharisma, yang memilih untuk mengabadikan menerusi lagu.

Terbaru, Yuka kembali dengan single kedua berjudul Tentang Rasa di bawah naungan Rocketfuel Entertainment yang dicipta indah oleh suami tercinta, seorang ahli muzik dan komposer berpengalaman iaitu Ahmad Jeffny.

“Baru dua bulan Melihatmu Bahagia dilancarkan, saya tidak sabar untuk berkongsi single Tentang Rasa buat pendengar di Malaysia.

“Saya bersyukur dengan penerimaan baik terhadap single terdahulu dan ramai yang terpesona dengannya, bahkan ia turut mendapat perhatian ramai barisan penyanyi tanah air di TikTok,” kata pemenang bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) ke-15 itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Lagu Tentang Rasa diilhamkan beberapa tahun lalu, ketika itu Yuka masih lagi belum berstatus sebagai seorang isteri dan sedang mencari-cari arah seterusnya dalam kerjaya seni, pintu hatinya diketuk.

“Lagu ini sudah lama saya cipta, bahkan sebelum saya berkahwin lagi. Saya sangat suka dengan lirik dan melodinya yang sangat ringkas dan romantik.

Tentang Rasa dicipta bersama suami tercinta, Ahmad Jeffny yang merupakan seorang komposer dan pemuzik.

“Ia ibarat sebuah rasa cinta yang tulus dan murni tanpa ada maksud tersembunyi, hanya menyayangi dengan sepenuh hati.

“Tentang Rasa menceritakan tentang sebuah rasa kepada seseorang yang sangat murni, jujur dan tulus. Di mana sepasang kekasih tersebut saling mengisi dan melengkapi satu sama lain.

“Kalau didengar, Tentang Rasa mempunyai melodi yang ‘tenang’ dengan alunan gitar akustik mengasyikkan lantas menggamit memori indah ketika bersama dan bergenre ‘folk’ yang malar segar.

“Saya memperuntukkan tempoh seminggu bagi menyiapkan lagu ini. Terima kasih buat suami, Ahmad Jeffny, yang banyak membantu dan turut bertindak sebagai penulis lirik dan komposer bersama.

“Sepanjang proses rakaman berlangsung, saya tersenyum ketika menyanyikan lagu ini kerana ia membawa kembali memori manis ketika nak menikah dulu,” kongsi anak kelahiran Aceh, Indonesia itu.

Lagu Tentang Rasa boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer,

Manakala Muzik Video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Rocketfuel Network.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca