'Kami 17 tahun, Zain 6 tahun, lepas 23 tahun bertemu jodoh.' Sambut anniversary ke-10, Che Ta akui tak perlu suami kaya, asalkan bertanggungjawab

A
A
A

PERKAHWINAN selebriti, Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin sering menjadi sorotan media. Baharu menyambut anniversary ke-10 pada 11 Disember lalu, Che Ta sempat berkongsi ucapan sempena hari istimewa itu.

10 tahun menganyam bahagia, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi jarak usia 11 tahun bukan halangan andai takdir jodoh sudah tertulis.

"Kami 17 tahun, Zain 6 tahun, selepas 23 tahun kami bertemu jodoh. Betul lah kata orang, jodoh tidak pernah salah alamat.

'Yang mana ada adik-adik angkat walaupun beza umur 11 tahun, jaga-jaga! Mungkin tu bakal suami anda," titipnya berseloroh.

Baca juga: Suami orang kini lebih laris, Che Ta nasihat wanita tak perlu tayang muka pasangan

Baca juga: 'Nak Ecah lalui momen sebagai kanak-kanak lain.' Zain Saidin tak galakkan Aaisyah bekerja, tidak mahu membesar terlalu cepat

 

Pelakon filem Dayang Senandung itu mengimbau kemanisan berumah tangga dan bertuah menerima Zain sebagai pasangan hidup.

"Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun kadang-kadang jadi singa.

"Untung kami dapat suami macam Zain, paling tak cerewet, tak pernah suruh kami masak, kemas rumah, basuh baju atau pinggan.

"Kami keluar lepak balik pukul 4 pagi pun tak tanya. Yang Zain akan tanya, sayang sudah solat atau tegur kalau aurat tak sempurna.

"Tidak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia, janji masing-masing tahu tanggungjawab. Cari yang tahu agama dan praktikkan nya bukan yang tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah," kongsinya.

Baca juga: 12 tahun single mom azam cuma nak besarkan anak. 2 anak raih ijazah berganda, luahan Che Ta undang sebak!

Baca juga: ‘Wanita kena ada pendapatan sendiri tapi jangan bodoh semua nak sumbang.’ -Che Ta

Bahkan, tuan punya badan mengakui cukup selesa menjalani hidup serba sederhana.

"Sebenarnya dalam apa jua keadaan hidup ini, sederhana itu utama . Dapat tak mengapa,  tak dapat pun tak mengapa. Lalui sahaja dengan apa yang ada, bersyukurlah dengan seadanya. I love you sayang," tambahnya.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada angka unik 11.12.13.

Majlis pernikahan mereka mendapat tajaan bernilai RM 13 juta sekali gus disifatkan sebagai antara perkahwinan termahal selebriti tempatan ketika itu.

Selepas berkahwin, kakak kepada pelakon Ayu Raudhah itu memilih untuk memperlahankan karier seni dan memberikan tumpuan sepenuh masa kepada perniagaannya.

'Nampak sangat mummy dah tua.' Permintaan anak sempena birthday buat Che Ta terkedu, ramai terhibur gelagat Aaisyah!

10 tahun hidup bersama, pasangan selebriti tersebut dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 7 tahun.

Selain Aaisyah, Che Ta juga mempunyai dua anak bujang daripada perkahwinan pertamanya iaitu Ammar Effendi dan Aniq Ezra.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca