SEJAK bertukar status ‘isteri orang’, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali semakin lucu dan ‘sporting’ apabila kerap kali mengikuti trend viral terkini di TikTok.

Menerusi video yang ditonton 2.3 milion view itu, memaparkan Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali,32, sedang beraksi dengan menggerakkan tangan mengikut lagu.

Bukan hanya itu, mimik muka beliau yang tidak kurang kelakarnya bersesuaian dengan tempo musik berkenaan.

Baca juga: ‘Confirm cantik. Alhamdulillah rezeki anak-anak.’ Zahirah MacWilson kongsi progress rumah impian buat warga maya teruja!

Rata-rata warganet terhibur dengan gelagatnya. Malah ada yang memuji penyanyi ‘Hanya Kamu’ itu yang kini dilihat semakin berseri-seri selepas berumahtangga.

“Pakai skincare apa ni? Seri tak turun-turun lepas kahwin,” kata Nur.

“Dulu tak minat Nabila… Sekarang saya suka!” kata Len9o.

“Hahahahaha ni dah rosak teruk ni,” kata Ranting Kayu.

“Aku tak boleh la , semua dia buat comel,” kata Qis.

“Lawanya Nabila Razali, suka tengok,” Anna Hannah.

Baca juga:Lana Nodin dipuji jemput ustazah bimbing suami; anak. Kami tak sempurna tetapi cuba lakukan terbaik;

Iklan

Video berdurasi 15 saat itu menerima 141,700 like dan lebih 5,000 share di TikTok.

Pada 18 November 2023, Nabila selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 39, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi.

Dalam majlis yang bertemakan English Garden tersebut, beliau menerima mas kahwin bernilai RM22.50 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Sebelum itu, perkahwinan merpati dua sejoli itu adalah hasil pertemuan pertama yang diatur rakan baik, Nik Iruwan iaitu usahawan Asyraf Khalid.

Iklan

Suami kepada Tya Ariffin berkata, hubungan mereka bermula ketika menjadi jemputan majlis sambutan hari lahir yang dianjurkannya.’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!