Datuk Fazley Yaacob kena marah, MITI mohon maaf

Datuk Fazley Yaacob kena marah, MITI mohon maaf
Datuk Fazley Yaacob kena marah, MITI mohon maaf
A
A
A

SETELAH banyak kali gagal menghubungi pihak berwajib, akhirnya usahawan dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob 'terpaksa' membawa masalah dialami ke media sosial.

Seperti yang dikongsikan beliau laman sosial Instagram peribadi, @fazleyyaakob, cef selebriti itu mengadu masih tidak mendapat surat kebenaran bekerja daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) walaupun sudah lama memohon.

Menurutnya, dek kelewatan surat pengesahan bekerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau dan pekerja terpaksa berdepan beberapa masalah.

Kongsinya lagi, walaupun kini sudah berjaya menghubungi wakil MITI, tetapi belum ada jalan penyelesaaian.

"Nampaknya masih jalan buntu kerana beliau (wakil) juga tak boleh buat apa-apa. Ini sebagai rujukan kita semua bahawa orang @mitimalaysia sendiri tertekan dengan keadaan yang berlaku.

"Saya pasti mereka juga sedang berusaha. Cuma harap mereka kekal sabar dengan segala permohonan bantuan atau panduan apabila masih belum mendapat maklum balas.

"Kalau mereka di MITI tertekan, kami juga turut sama kerana harus patuh pada arahan polis yang perlu surat untuk bergerak.

"Tak apa, saya akan cuba lagi cara lain. Maaf kepada tuan tadi yang tertekan dengan saya kerana mohon panduan. Saya yakin ramai lagi ada masalah sama kan?” ujarnya.

fazley

Menerusi posting tangkap layar perbualannya bersama wakil MITI, Fazley turut mengakui dimarahi dalam usaha mendapatkan maklum balas berkenaan surat kelulusan operasi syarikat.

"Ramai yang mencadangkan saya untuk berhubung menerusi e-mel atau WhatsApp kepada pihak berkenaan. Saya rasa ini bukan masalah saya seorang, tapi ramai lagi mereka di luar sana.

"Mula-mula saya dimarahi juga dan mungkin beliau masih marah pada saya. Tak apa, saya tak dedahkan siapa saya tadi, sekadar wakilsyarikat," tulisnya.

Pelantun lagu Asmara Ini tersebut turut meluahkan bahawa ramai pekerja lain yang senasib mengalami kekangan kerana tidak mempunyai permit rentas.

"Banyak kekeliruan tentang apa yang sepatutnya dilaksanakan. Yang menjadi mangsa adalah pekerja-pekerja syarikat yang tidak boleh pergi ke tempat kerja kerana tiada surat tertentu.

"Bila diminta memberi panduan, lain pihak lain nasihatnya. Hari ini saya sendiri yang cuba hubungi mereka," luahnya.

Baca juga Benarkan 95,142 syarikat beroperasi total lockdown, ditapis sepenuhnya atau bergantung sistem semata? Ketelusan MITI dipersoal

Dalam perkembangan berkaitan pihak MITI tampil memohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan memaklumkan tidak mempunyai kuasa untuk memproses dan meluluskan sektor makanan.

"Skop kami hanya tertumpu kepada sektor pembuatan sahaja dan bukan semua sektor ekonomi. Kami sarankan agar orang awam menghubungi kementerian yang menyelia perniagaan masing-masing agar maklum balas boleh didapati segera.

"Kami juga telah menyediakan satu direktori Kementerian dan Agensi mengikut skop masing-masing yang boleh dimuat turun di laman web MITI www.miti.gov.my. Terima kasih dan stay safe semua," balas MITI.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca