Debat isu Palestin: Maulana dakwa Caprice bukan orang sesuai. Objektif tak tercapai, timbulkan kekeliruan

A
A
A

PEPERANGAN yang sedang terjadi bumi Palestin menjadi isu yang hangat diperkatakan buat masa ini. Ia bermula dengan pertembungan yang berlaku antara penunjuk perasaan Palestin dan pihak polis Israel mengenai keputusan Mahkamah Agung Israel yang dirancang mengenai pengusiran rakyat Palestin di Sheikh Jarrah.

Ini kemudiannya membawa kepada perbuatan khianat dan kekejaman kepada rakyat Palestin. Perbuatan rejim Zionis yang menindas hak asasi serta merampas tanah milik penduduk Palestin secara haram itu mendapat perhatian daripada dunia.

Malaysia yang mempunyai hubungan yang akrab dengan bumi para anbiya itu turut ‘merasai’ derita dan tekanan dihadapi saudara seagama di Palestin.

Lantaran itu, ramai selebriti negara memberikan sokongan kepada Palestin dengan menggunakan media sosial termasuk rapper Caprice yang telah mengadakan penstriman langsung dengan dua orang influencer wanita dari Israel di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Siaran langsung berkenaan agak tegang apabila berlaku perdebatan antara wanita Israel yang jelas tampak kurang senang dengan soalan yang dilontarkan oleh penyanyi rap tersebut.

Warganet meluahkan rasa tidak puas hati kepada kedua-dua influencer Israel itu kerana mereka seolah-olah memanipulasi soalan yang diajukan dan memberi respons ‘kasar’ terhadap soalan yang diajukan Caprice kepada mereka.

Baca juga Khairul Aming, MUA Bellaz Sumbang Puluhan Ribu, Hasil Jualan Produk Pada Tabung Palestin

Menurut komposer, Maulana Mohamed, perdebatan berkenaan isu Palestin yang dilakukan oleh penyanyi berkenaan tidak mencapai tujuan sebenar untuk mendidik netizen memahami isu antara Palestin dan Israel.

Malah katanya ada yang terpengaruh dan bersimpati dengan penyataan yang dikeluarkan oleh influencer Israel.

“Aku rasa @capriceofficial bukan orang yang sesuai untuk debat dengan orang Israel tentang isu Palestin ni sebab isu ni terlalu rumit untuk didebatkan dengan dua orang influencer Israel tu oleh kerana mereka pun buta sejarah.

“Apa yang dapat dicapai daripada debat antara Caprice dan dua influencer? Hanya kekeliruan yang sampai kepada rakyat Malaysia. Biarlah orang yang betul faham isu ni yang seharusnya bercakap tentang isu ni,” kongsi Maulana di Instagram.

Selain itu, Maulana turut berkata penstriman langsung yang dilakukan oleh rapper tersebut gagal disebabkan oleh pelbagai faktor.

“Bagi aku failed. Kenapa aku cakap fail? Sebabnya:

1. Ramai netizen yang terpengaruh dan simpati dengan puak-puak Zionis ini.

2. Netizen yang mengikuti live itu memaki hamun dan ‘terprovokasi’ dengan kata-kata influencer Israel yang tiada fakta, hanya sekadar ‘auta.’

3. Tiada penjelasan yang kukuh daripada Caprice tentang kenapa peperangan ini terjadi? Daripada isu apakah yang menyebabkan peperangan berlaku pada kali ini.

Justeru, Maulana mencadangkan orang yang benar-benar memahami dan mempunyai fakta kukuh berkenaan sejarah dan isu Palestin untuk berhadapan dengan perdebatan tentang isu ini.

“Oleh sebab itu jika hendak berdebat tentang isu Palestin ini biarlah individu yang betul-betul faham tentang isu Palestin kerana ia bukan isu setahun jagung. Isu ini dah berpuluh tahun.

“Kita kena lawan dengan fakta yang cukup jelas supaya dapat educate netizen-netizen yang menonton yang kebanyakannya hanya faham isu ni daripada ‘surface’ sahaja.

“Dan yang terakhir ialah, janganlah kita berdebat dengan orang jahil sebab mereka sentiasa merasa benar.

“Imam Syafie berkata, “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.

“Dia juga berkata, “Apabila orang-orang bodoh mengajak berdebat dengan anda, maka sikap yang terbaik ialah diam,” kongsi Maulana.

Konflik yang berlaku di Palestin kini kembali bergolak susulan perbuatan Israel yang memungkiri gencatan senjata yang dicapai pada 21 Mei.

Baca juga [VIDEO] “Selamat Hari Raya Palestin, 9 Syawal Milikmu”- Rakyat Malaysia Bersyukur Hamas, Israel Setuju Genjatan Senjata

Tidak sampai 12 jam Zionis Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan bertindak menyerbu ruang sekitar Masjid Al-Aqsa dan melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin selepas Solat Jumaat.

Sumber: @maulanamohamed

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca