Didakwa positif Covid-19 selepas pulang bercuti, BCL kongsi kronologi

A
A
A

PENYANYI terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari  atau BCL menepis dakwaan liar sesetengah pihak yang mendakwa dia dijangkiti virus Covid-19 selepas pulang dari percutian di Bali.

Jelas BCL menerusi Instagram miliknya, dia pergi ke Bali pada 29 Mei dan pulang pada 2 Jun serta sudah menjalani aktiviti harian dan bekerja seperti biasa setelah ujian calitan didapati negatif Covid.

Percutian BCL ke Bali turut disertai anak tunggalnya, Noah.

Bagaimanapun beberapa penarinya telah disahkan positif pada 13 Jun lalu dan nasib tidak menyebelahinya apabila menjadi kotak rapat setelah bertemu pada 10 Jun.

“Saya kemudian menjalani ujian calitan PCR dan keputusan yang keluar pada tanggal 14 Jun itu menyatakan saya positif.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saya dijangkiti Covid-19 kerana pulang bercuti dari Bali,” ujarnya yang meminta semua pihak berkongsi fakta yang benar.

BERITA BERKAITAN Positif Covid-19, BCL Titip Pesan Buat Orang Ramai

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca