Didakwa wujud persamaan, mahkamah bakal putuskan hak cipta lagu Shape of You, Ed Sheeran

design (2)
design (2)
A
A
A

PENYANYI popular, Ed Sheeran sedang menunggu keputusan mahkamah atas perbicaraan hak cipta lagu hit beliau, Shape of You dalam tempoh masa terdekat.

Perbicaraan yang berlangsung di London, Britain itu memperlihatkan hakim meminta agar diberikan waktu sebelum benar-benar membuat keputusan.

Bintang pop kelahiran Britain itu bersama penulis lagu tersebut, John McDaid dari Snow Patrol dan penerbit, Steven McCutcheon, bagaimanapun menafikan tuduhan telah meniru sebahagian daripada lagu Oh Why.

 

Baca juga:20 foto rumah Dian Sastrowardoyo tular ruang kerja seperti pejabat dumbledore ada buku di tandas

Baca juga:Priyanka Chopra, Nick Jonas timang anak menerusi khidmat ibu tumpang

 

Lagu Oh Why yang dinyanyikan oleh Sami Chokri pada 2015 dikatakan memiliki sedikit persamaan pada bahagian korus Shape of You yang diterbitkan pada tahun 2017.

Memetik laporan Huffpost, peguam mewakili Sami Chokri, Andrew Sutcliffe berkata, terdapat persamaan yang tidak dapat dipertikaikan di antara kedua-dua karya itu.

"Adakah Sheeran secara sedar atau tidak bahawa Oh Why sudah ada dan bermain-main dalam kepalanya? Sheeran yang menghadiri perbicaraan juga kelihatan seakan tidak jujur dan mengelak ketika diminta untuk memberi keterangan dalamperbicaraan," jelas Sutcliffe.

Sheeran bersama penulis lagu Shape of You turut dikatakan telah mendedahkan segala bukti kepada mahkamah termasuk mengakui tidak ingin atau pernah mendengar lagu Oh Why sebelum ini.

Sementara itu, Hakim Antony Zacaroli berkata, beliau akan berusaha menyelesaikan pertikaian itu sebaik mungkin.

Lagu Shape of You telah mencatat kejayaan jualan terbaik pada 2017 termasuk pasaran antarabangsa.

Album Divide yang turut memuatkan lagu tersebut telah diterbitkan pada 2018 dianggarkan terjual sekitar 14.9 unit.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca