UMUM maklum, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa bersama suami serta 20 ahli keluarga lain hari ini dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana melangggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.

Kompaun berkenaan dikenakan ke atas keluarga Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Sehubungan itu, isteri kepada PU Riz itu mengatakan dirinya menerima dengan hati terbuka dan menjadikan ia sebagai pengajaran.

“Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” tulisnya dalam ciapan di Twitter miliknya sebentar tadi.

Neelofa dan keluarga dikompaun RM60,000! Ini senarai kesalahan

Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya.

“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian,” mohonnya.

Artikel berkaitan: Neelofa dan keluarga dikompaun RM60,000! Ini senarai kesalahan

Terdahulu, pernikahan Neelofa dan PU Riz berlangsung pada 27 Mac lalu di sebuah hotel dalam sebuah acara yang elegan dan eksklusif.

Iklan

Selang beberapa hari selepas itu, pasangan berkenaan dilaporkan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi yang dimaklumkan mereka atas urusan perniagaan.

Bagaimana pun, tular di media sosial foto-foto pasangan berkenaan sedang bersiar-siar di kawasan pelancongan popular itu.

Iklan

Justeru, semoga dapat menjadi pengajaran juga buat semua.

Ayuhlah kita terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaiannya.