SIAPA tidak kenal Datuk Ooi Eow Jin, komposer aktif sekitar tahun 70-an. Ooi yang terdahulu mengalami Alzheimer, kini dijangkiti Covid-19.

Beliau menyertai Orkestra RTM sebagai pemuzik pada tahun 1963 sehingga tahun 1967 sebelum berhijrah ke TV3 pada tahun 1986 hingga 1999.

Ooi banyak mencipta lagu-lagu untuk penyanyi-penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Sudirman, Dahlan Zainuddin, M Nasir, Rahimah Rahim, Rafeah Buang, Flora Santos, kumpulan Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip.

Beliau juga pernah berkhidmat di Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA), Asia-Pacific of Broadcasting, Yamaha Music School, International College of Music (ICOM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Baca juga: Orang muda jangan pandang remeh penyakit Alzheimer, penting ambil peduli kalau tak nak nyanyuk

Ooi di samping Allahyarham Tan Sri P Ramlee

Ooi cukup terkenal dengan susunan muziknya. Beliau bertanggungjawab mencipta lagu tema program muzik, Muzik Muzik dan Juara Lagu bersama Tan Sri Ahmad Othman Merican.

Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) berkongsi komposer itu kini mengalami kemerosotan kesihatan. Ooi yang kini berusia 84 tahun menghidap penyakit Alzheimer sejak tahun 2015.

Beberapa hari lalu isteri Ooi, Datin Khaw Lean Kee menghubungi Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave membawa perkhabaran mereka sekeluarga kini dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19 termasuk Ooi dan anak mereka Raymond.

“Pihak YKAT telahpun memberikan sumbangan kewangan berjumlah RM1,000 kepada Ooi pada 24 Jun kerana mereka dalam keaadan yang sangat terdesak dari segi kewangan dan kesihatan. Tambahan pula dijangkiti Covid-19 dan masih ‘warded’.

“Kami ingin melawat tapi atas faktor SOP kami tidak dibenarkan. Datin turut meluahkan perasaan sedih beliau melihat keadaa suami dan anaknya biarpun beliau sendiri tidak sihat. Ini benar-benar menyanyat hati kami. Justeru marilah sama-sama kita mendoakan agar Datuk Ooi sekeluarga kembali sembuh, “ujar DJ Dave.

Iklan
Raymond, 57, turut dijangkiti Covid-19

Khaw seolah-olah putus harapan melihat penderitaan anaknya Raymond, 57. Sementelah dia tidak dapat menjaga Raymond yang tidak berupaya makan sendiri.

“Saya tahu anak saya tidak makan, saya tahu dia lapar, tetapi saya tidak boleh suap dia. Saya hanya harap kepada nurse untuk itu”, ujar Khaw.

Difahamkan Raymond  sebelum ini pernah mengalami ketumbuhan otak.

Iklan

Baca juga: Omega-3 baik untuk otak, jantung. Ini manfaat minyak ikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.