KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Umairah, anak saudara kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza memang diketahui berbakat sejak dahulu lagi. Menginjak usia remaja, anak sulung penyanyi, Siti Sairah Tarudin itu semakin menyerlah bakat dan suara.

Umairah yang lebih dikenali sebagai Umai mengorak langkah lebih jauh dengan melayakkan diri ke peringkat akhir pemilihan Team Malaysia bagi World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2024.

Bakal mewakili Team Malaysia jika berjaya, gadis berusia 13 tahun itu menitipkan rasa terharu atas peluang yang diberikan.

Baca juga: Siti Sairah syukur timang anak kelima, pertama kali bersalin czer selepas 4 kali normal

Baca juga: ‘Patutlah anak semua cantik.’ Tokti kongsi foto 3 beradik bersama ibu curi perhatian

“Syukur Alhamdulillah atas izin-NYA Umai layak ke peringkat Akhir WCOPA 2024 Road to Hollywood. Saya ingin berterima kasih kepada Pengetua Sekolah Seni Kuala Lumpur kerana membuka peluang. Terima kasih juga kepada Cikgu Ros kerana mengajar tentang nyanyian dan persembahan.

“Terima kasih yang tidak terhingga buat Walid dan Uncle Pown kerana membantu menyediakan segalanya. Paling Umai hormati Babah, Atok dan Nenek yang mendoakan, Umai akan buat yang terbaik di peringkat final nanti.

“Doakan Umai berjaya ya semua,” titipnya.

Pelajar Sekolah Seni Kuala Lumpur itu terdahulu menyampaikan lagu Mandarin berjudul Zheng Fu.

Sementara itu ibu, Siti Sairah terus memberikan semangat agar puteri sulungnya tidak berputus asa.

Baca juga: ‘Impian nak sambut di Makkah, hadiah untuk mak.’ Sempena hari lahir, Siti Nurhaliza bawa suami, anak, ibu dan mertua tunai umrah

Baca juga: Biaya kanak-kanak bedah jantung 11 tahun lalu, kebaikan Siti Nurhaliza jadi inspirasi, kebajikan senyap-senyap rahsia rezeki berkat

“Alhamdulillah pembukaan tahun baru yang bermakna. Tahniah anak ibu, doa ibu semoga kakak terus berjaya.

“Ingat pesan ibu, jika ingin terus berjaya haruslah berusaha tanpa henti. Insya-ALLAH kejayaan pasti menanti kakak aamin. Doakan kejayaan Umai. Congratulations Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur,” titip Sairah.

Iklan

Baca juga: ‘Arwah abah letak syarat kepada suami’ tiada masalah tinggal serumah, Liza Hanim mahu praktik cara &’ didikan ibu bapa

Warga maya menitipkan ucapan dan motivasi agar Umai berjaya terpilih mewakili Malaysia.

– “Tahniah, you go girl.”

– “Taniahh Umai! Do the best okay!”

-“Good luck adik!!!! Moga kemenangan milikmu.”

Iklan

– “Tahniah Umai, moga terus bersinar.”

Anak sulung lima adik-beradik itu merupakan finalis Ceria Megaministar dan menyertai Famili Duo bersama ibunya, Siti Sairah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!