SELEPAS tular di media sosial kononnya pelakon, Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah memotong barisan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Ipoh, Perak, akhirnya selebriti itu tampil memohon maaf.

Menurut pemilik nama sebenar, Ainur Syakina Azman, 26, beliau memohon maaf sekiranya tindakan memuat naik foto ketika vaksinasi menyinggung perasaan orang ramai.

Rupanya Eina, suami kategori golongan berisiko tinggi, bukan potong barisan suntik vaksin“Saya memohon maaf andai perkongsian di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak.

“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa, apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat,” jelas ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi laman sosial Instagramnya.

Artikel berkaitan[VIDEO]Kulit Cerah, Cantik Dan Slim – Warganet Teruja Bentuk Badan Eina Azman

[VIDEO]Kulit cerah, cantik dan slim - Warganet teruja bentuk badan Eina AzmanEina yang selalu berkongsi resipi dan tutorial masakan bersama followers mengakui mempunyai masalah kesihatan, namun terlalu peribadi untuk dikongsikan.

“Pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini.

Iklan

“Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan, namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya pengetahuan keluarga.

eina azman
BAHAGIA. Eina (kiri)  bersama suami dan anak kembar mereka Karl Kareef dan Arianna Aubrey.

“Justeru, saya memadam posting daripada paparan Instagram bagi mengelakkan isu ini bertambah rumit,” ujarnya lanjut.

Sebelum menutup bicara, Eina sempat menitipkan bingkisan ringkas: “Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham.Assalamualaikum…”

Artikel berkaitanRupanya Eina, Suami Kategori Golongan Berisiko Tinggi, Bukan Potong Barisan Suntik Vaksin

Iklan

eina azmanTerdahulu, semalam Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, Dr Abdul Malek Osman menyatakan bahawa Eina dan suami tidak memotong barisan suntikan vaksin seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, suntikan vaksin yang dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) hospital berkenaan mendapat kelayakan berdasarkan rujukan doktor pakar yang telah merawat mereka atas masalah kesihatan dan komorbid dihadapi.

“Tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikan vaksin. Pasangan berkenaan dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan golongan berisiko tinggi,” jelas beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.